Dapat perintah mahkamah jauhkan Lutfi

Diterbitkan: Rabu, 25 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kehidupan Britney yang tidak terurus menyebabkan ayahnya Jamie terpaksa mengambilalih pengurusan kerjaya dan kehidupan peribadinya.
Kehidupan Britney yang tidak terurus menyebabkan ayahnya Jamie terpaksa mengambilalih pengurusan kerjaya dan kehidupan peribadinya.

AYAH Britney Spears, Jamie Spears telah memberi keterangan selama 90 minit di mahkamah pada hari Isnin lepas. Jamie telah memberi sebab kenapa dia mahu mendapat kuasa mahkamah untuk menjauhkan dua orang dari hidup anaknya - bekas pengurus Britney dan bekas teman lelakinya, Lutfi.

Namun keterangan Jamie, saksi pertama, tidak berapa kuat untuk merenggangkan hubungan antara Osama "Sam" Lutfi yang mula terjalin setahun yang lalu.

Sambil menyifatkan Lutfi sebagai 'predator' (haiwan yang membunuh dan memakan haiwan lain), dia juga mendakwa bekas teman lelaki anaknya itu telah memasukkan ubat ke dalam makanan anaknya.

Jamie juga menaruh syak dan curiga kepada bekas pengurus anaknya.

Dalam pada itu ketika menjawab soalan balas dari peguam Lutfi, Bryan Freedman, Jamie mengaku dia tidak tahu bentuk perbualan antara anaknya dan Lutfi. Dan juga bila kali terakhir mereka berhubung melalui telefon.

Kata Freedman, "perbicaraan itu tidak membawa ke mana-mana. Malah testimoni dari Jamie tidak menunjukkan kenapa perintah menjauhkan diri dari Britney itu perlu dilakukan."

"Perintah menjauhkan diri diambil kerana perlakuan yang boleh mendatang bahaya atau menyebabkan kegusaran emosi. Dalam hal ini, testimoni Jamie tidak langsung mencerminkan semua ini," kata Freedman.

"Kami mahu dia (Lutfi) pergi. Dan dia pun sudah bersetuju jadi dia kena pergi jauh dari anak saya," kata Jamie Spears tentang Lutfi.

Dalam perkembangan lain, dua orang anak lelaki Britney - Sean Preston and Jayden James, telah mendapat kebenaran untuk mengikuti konsert "The Circus Starring Britney Spears 2009 Tour".

Konsert terbesar pernah dijayakan Britney setelah 'menghilang' selama lima tahun, akan bermula pada 3 Mac di New Orleans dan berterusan hingga Jun. The Pussycat Dolls dilaporkan, akan membuat persembahan pembukaan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan