Axl Guns N' Roses: Salah seorang mati dulu baru boleh bersatu

Diterbitkan: Rabu, 25 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ketika kegemilangan Guns 'n' Roses di awal tahun 80'an, barisan anggotanya terdiri dari Duff Rose McKagan, Slash, W. Axl Rose, Steven Adler dan Izzy Stradlin.
Ketika kegemilangan Guns 'n' Roses di awal tahun 80'an, barisan anggotanya terdiri dari Duff Rose McKagan, Slash, W. Axl Rose, Steven Adler dan Izzy Stradlin.

AXL Rose menafikan sekeras-kerasnya yang dia akan bersatu kembali dengan bekas anggota Guns N' Roses, Slash. Kata Axl, "sebelum itu terjadi salah seorang antara kami akan mati dulu."

"Persengketaan antara kami tidak mungkin dapat dipulihkan. Lagipun, anggota Guns N' Roses, boleh meneruskan konsert tour tanpa sebarang masalah," kata Axl yang juga penyanyi utama kumpulan ini.

Ketika kegemilangan Guns 'n' Roses di awal tahun 80'an, barisan anggotanya terdiri dari Duff Rose McKagan, Slash, W. Axl Rose, Steven Adler dan Izzy Stradlin.

Namun vintage line-up yang banyak membawa perubahan kepada irama 'rock n roll' ini telah mengalami banyak perubahan setelah anggotanya tarik diri lepas seorang, seorang.

Ketika ditanya tentang Slash pula, Axl berkata, dia ada terbaca mesej dari seorang peminat yang inginkan mereka kembali bersama.

"Saya terfikir juga akan apa yang dikatakannya. Tapi tidak mungkin kami akan bersatu kembali.

"Samalah seperti bila kita berada di konsert, tiba-tiba anak kita terbalikkan lilin dan seluruh rumah terbakar dan semua anggota keluarga terbunuh."

"Yang pasti, salah seorang dari kami akan mati dulu sebelum perkara seperti 'reunion' akan berlaku. Keputusan ini telah diambil lama dulu dan diperkuatkan setiap tahun," jelas Axl lagi.

"Apa yang kami lakukan dulu adalah sebuah hiburan yang dipersembahkan oleh mereka yang komited. Kini, semuanya disebabkan kepentingan diri masing-masing. Ini sungguh memualkan," katanya.

Ditanya tentang projek menjelajah Guns N' Roses, jawab Axl,"Tidak ada rancangan tapi kami ada berbincang. Pihak pengurusan dan promoter teruja dengan tawaran yang mereka dapat dari dalam dan luar negara."

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan