Aksi hos Oskar Jackman terima pelbagai reaksi

Diterbitkan: Rabu, 25 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Unsur hiburan yang dibawa oleh Jackman ini menyebabkan rating acara Oscar yang dihoskannya baru-baru ini naik sebanyak 6 peratus.
Unsur hiburan yang dibawa oleh Jackman ini menyebabkan rating acara Oscar yang dihoskannya baru-baru ini naik sebanyak 6 peratus.

TERNYATA hos Oscar pada tahun ini, aktor Hugh Jackman berjaya mendapat banyak komen dan ulasan yang berbagai bentuk dari pengkritik Amerika sewaktu Anugerah Akademi ke-81 berlangsung baru-baru ini di Los Angeles.

Jackman, yang pernah mendapat gelaran "Lelaki Paling Seksi di Dunia" ini berjaya membuat ramai orang terhibur dengan acara muzik tribut dengan mengimbau kenangan pencalonan filem terbaik.

Malah disebabkan unsur hiburan yang dibawa oleh Jackman ini rating untuk acara Oscar ini telah naik sebanyak 6 peratus.

Namun, bukan semua orang suka akan cara aktor kelahiran Australia ini mengendalikan acara ini. Ramai juga yang memberi kritikan sementelah ini kali pertama Jackman mengacara majlis berprestij ini.

"Jackman buat yang terbaik. Namun tugasnya seperti tidak lengkap," kata sebuah akhbar New York's Daily News.

Akhbar New York Post pula mengkritik cara nyanyian Jackman yang disifatkannya sebagai penyanyi di atas kapal yang menyanyi di hadapan sekumpulan penonton yang membosankan.

Lain pula persepsi akhbar the Los Angeles Times yang memberi komen negatif terhadap nyanyian Jackman.

"Nyanyiannya seperti 'budak korus' dan perlakuannya duduk atas riba Frank Langella amat pelik," kata akhbar itu.

Namun, the New York Times memuji Jackman dan berkata beliau seorang yang "licik dan beliau merupakan pilihan yang tepat dan menjimatkan memandangkan kita sedang mengalami kemorosotan ekonomi. Pilihan Jackman tidak ubah seperti satu hidangan value meal."

Dan The Toronto Star pula memuji Jackman kerana berjaya membuat majlis Oscar itu lebih menghiburkan dari tahun yang sudah.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan