Tiada cinta baru bagi Shahid selepas Kareena? - Berita Hiburan | mStar

Tiada cinta baru bagi Shahid selepas Kareena?

Diterbitkan: Selasa, 24 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Saat manis Kareena dan Shahid Kapur kini tinggal kenangan saja.
Saat manis Kareena dan Shahid Kapur kini tinggal kenangan saja.

EMPAT tahun lamanya, Shahid Kapur berkelana setelah putus kasih dengan aktres jelita Kareena Kapoor. Walaupun Kareena sudah jumpa cinta baru dan sedang memadu kasih dengan aktor Saif Ali Khan, Shahid masih bersendirian.

Kata Shahid, dia masih percaya pada cinta "cuma saya belum menemui cinta baru lagi."

"Dalam hidup kita tidak boleh senantiasa menang. Kadangkala kita kalah, itulah hakikat kehidupan. Saya belum lagi berputus asa.

"Saya seperti lelaki normal yang lain. Saya ingin jatuh cinta lagi. Tapi buat masa ini, saya selesa bersendirian. Saya lebih suka kalau orang bercakap pasal kerja saya," kata aktor yang diminati itu.

Antara perkara yang membuat Shahid lemas apabila dikaitkan dengan semua heroin filem lakonannya.

"Agaknya mereka tak suka melihat saya solo," kata Shahid yang mendapat pencalonan sebagai ikon remaja baru-baru ini.

Shahid yang baru berusia 28 tahun itu juga berkata," Saya rasa gembira dengan penghormatan ini. Tahun ini telah bermula dengan berita yang baik. Saya tidak mahu menoleh ke belakang lagi."

Filem lakonannya denga Vidya Balan 'Kismet Konnection' mungkin tidak mendapat sambutan tetapi dia menaruh harapan bagi 'Kaminay' yang dilakonkan bersama Priyanka Chopra.

Projeknya yang lain ialah filem dance Ken Ghosh, Yash Chopra bersama Rani, filem Ahmed Khan 'Paathshala' dan filem sulung ayahnya Pankaj Kapoor.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan