Sonam 'jatuh cinta' dengan SRK sewaktu usia 6 tahun

Diterbitkan: Selasa, 24 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aktor terkenal Bollywood Anil kapoor dan anaknya Sonam Kapoor.
Aktor terkenal Bollywood Anil kapoor dan anaknya Sonam Kapoor.

CUBA tanya Sonam Kapoor apa yang paling disukainya dan dia akan berkata, tiada lain dalam impiannya kecuali menjadi seorang aktres.

"Saya seorang lurus, suka membeli belah dan ingin menjadi aktres. Saya sukakan bidang lakonan sejak dari kecil lagi dan saya tidak pernah inginkan apa-apa yang lain," jelas aktres jelita, anak kepada aktor terkenal Anil Kapoor.

Setelah mendapat komen positif hasil lakonannya dalam 'Delhi 6', Sonam tidak sabar untuk berlakon dengan aktor Bollywood yang lain.

Menurut Sonam, dia jatuh cinta pertama kali ketika berusia enam tahun.

"Saya jatuh cinta dengan Shah Rukh Khan ketika saya berusia 6 tahun. Waktu itu dia di atas motosikal dalam filem Deewana dan Divya Bharati adalah heroinnya.

"Saya benar-benar rasa cemburu dengan Divya. Kemudia ketika saya berusia 14 tahun pula, saya jatuh cinta dengan Leonardo Di Caprio dalam filem Basket Ball Diaries," kata Sonam.

Tika ditanya adakah dia bercinta sekarang, Sonam berkata, "Jika itu terjadi, saya akan memberitahu semua orang."

Lelaki impian? "Kacak, bijak dan mempunyai sifat individu yang boleh dihormati."

Namun Sonam agak malu bila bicara tentang cinta.

"Tolong jangan tanya lagi, saya tidak tahu hendak jawab..."

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan