Lady Gaga tolak tawaran beraksi untuk Playboy

Diterbitkan: Selasa, 24 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Imej Lady Gaga yang seakan Madonna, suka berpekaian korset dan pakaian terdedah.
Imej Lady Gaga yang seakan Madonna, suka berpekaian korset dan pakaian terdedah.

PENYANYI sensasi Lady Gaga yang pernah menggayakan baju rekaan Bernard Chandran, dilaporkan telah menolak tawaran untuk berbogel di majalah Playboy dengan alasan, dia mahu fokus kepada kariernya.

Lady Gaga yang cukup terkenal dengan pakaian mendedahkan ketika membuat persembahan di atas pentas selalu membuat penampilan dengan berkorset dan stoking sahaja.

Kata penyanyi yang terkenal dengan lagu hit 'Just Dance' ini, dia tidak mahu glamor tidak tentu pasal. Yang penting baginya ialah muzik yang dibawanya.

Lady Gaga, yang berusia 22 tahun ini, tidak mahu berbogel di dalam majalah itu kerana mengutamakan kariernya dulu.

"Kalau untuk glamor, saya mungkin akan gembira dengan tawaran Playboy itu tetapi bagi saya, yang penting sekarang ialah muzik saya," jelas Lady Gaga.

Namun penyanyi itu tidak menolak kemungkinan yang dia akan membintangi majalah keluaran Hugh Hefner satu hari nanti.

"Kalau ada tawaran ketika saya ada album baru, saya akan fikirkan kembali" katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan