Deepika nafi ibu kekasih tidak menyenanginya

Diterbitkan: Selasa, 24 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Deepika nafi hubungan cinta dengan Rabir dihalang oleh ibu Ranbir.
Deepika nafi hubungan cinta dengan Rabir dihalang oleh ibu Ranbir.

KALAU sudah ada pertalian darah, tentu saja sukan akan menjadi keutamaan. Begitulah aktres Deepika Padukone yang cukup rapat dengan ayahnya, Prakash Padukone, juara badminton.

Kini ayah dan anak sibuk membuat projek amal untuk menolong mereka yang kurang bernasib baik dalam bidang sukan.

Kata Deepika, "Ayah saya baru saja menubuhkan sebuah persatuan untuk menolong orang susah dalam dunia sukan. Saya bukan hanya ingin menolong dengan kewangan saja tetapi saya mahu berada di samping mereka secara fizikal juga."

Jelasnya lagi, "Saya sudah lama teringin membuat filem sukan tapi tidak pernah dapat tawaran."

Setelah tamat filem 'Chandni Chowk To China' kini Deepika sibuk dengan Saif Ali Khan dalam sebuah filem kontemporari bersama Imtiaz Ali.

"Filem yang membawa kisah kontemporari tentang perhubungan dan reaksi pasangan masa kini. Filemnya agak pelik tapi sungguk realistik. Ia akan membuat ramai pasangan kontemporari suka. Dan saya boleh menghayati konsep perhubungan seperti ini," kata Deepika.

Seperti ramai aktres lain, Deepika tidak betah bicara tentang kisah peribadinya.

"Ranbir dan saya amat selesa dengan perhubungan kami. Tidak perlulah sesiapapun cuba untuk memutuskan hubungan kami. Saya cukup bahagia dengan sitausi ini," kata Deepika sekali gus menafikan cakap-cakap yang mengatakan ibu Ranbir tidak menyenanginya.

"Saya hanya berjumpa ibu Ranbir beberapa kali. Belum tiba masanya keluarga saya berjumpa dengan keluarga Ranbir. Lebih baik, kami berdua tumpukan kepada karier dulu," katanya.

Deepika mengaku kecemerlangan kariernya yang tidak berapa lama itu, sudah mula membuat dia begitu popular. Di mana saja dia pergi, ramai yang mengerumuninya.

Ketika membuat kunjungan ke tempat ibadat di Tirupathi dengan keluarganya, ramai yang meminta autograf dan mengambil foto bersama aktres berlesung pipit ini.

"Saya terharu ramai sekali yang mengenali saya. Terasa terhibur melayan mereka. kalau mereka tidak kenal saya, tentu saya rasa sedih," katanya.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan