Wana juarai My Starz LG 2

Diterbitkan: Isnin, 23 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Wana berjaya meraih gelaran juara My Starz LG musim kedua. -foto The Star oleh AZMAN GHANI
Wana berjaya meraih gelaran juara My Starz LG musim kedua. -foto The Star oleh AZMAN GHANI

[SEMASA] KUALA LUMPUR: Tanpa diduga, takhta juara akhirnya menjadi milik Noriezuana Syed Shafudin atau Wana, 23, pada malam tadi, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, selepas berhempas pulas selama 12 minggu di dalam My Starz LG musim kedua.

Wana yang pada mulanya mendapat markah tercorot berjaya memikat hati para juri dan penonton dengan nyanyian lagu medley ‘Ku Pendam Sebuah Duka’ dan ‘Ku Telah Jatuh Cinta’ pada bahagian pertama dan lagu ‘Kehebatan Cinta’ duetnya dengan Jamal Abdillah pada bahagian keduanya.

Dengan kemenangan tersebut, Wana merangkul hadiah wang tunai RM100,000, LCD TV (42’ LG LCD) tajaan LG, serta menjadi bintang dengan kontrak rakaman label rekod Warner Music Malaysia.

Sementara Wann Nashrinie Zafri atau Nashrin, 20, yang mendendangkan lagu ‘Perlu Kamu’ bersama Misha Omar serta lagu medley ‘Kaulah Segalanya’ dan ‘Si Gadis Ayu’ mendapat tempat kedua sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 serta barangan LG, LCD TV (32’ LG LCD).

Dalam pada itu, Cassandra Daniel Manja atau Cassie, 23, dinobatkan sebagai pemenang ketiga dan mendapat hadiah telefon bimbit LG (Renoir) selepas menyanyikan lagu medley ‘Langit Ke Tujuh’ dan ‘Ku Mahu’ serta lagu duetnya dengan Siti Sarah, ‘Mercy’.

Peserta dari Sabah iaitu Mohd. Hairi Kenneith atau Hairi, 20, yang mendendangkan lagu duetnya dengan Fiq, ‘Debunga Wangi’ dan ‘Opera Hidup’ serta lagu medley ‘Lagu Untukmu’ dan ‘Kau Yang Bernama Seri’ hanya berjaya membawa pulang hadiah penghawa dingin LG (Art Cool) selepas meraih tempat keempat dalam program yang dibawakan secara langsung oleh TV3 itu.

Mereka diadili oleh juri tetap iaitu Hattan dan Liza Hanim manakala Mohd. Faizal Maas atau Ajai bertindak selaku juri jemputan di mana 70 peratus markah diberikan oleh juri manakala selebihnya diputuskan oleh penonton melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS).

Program yang dikendalikan oleh pengacara Nazruddin Habibur Rahman dan Puteri Andreanna Syigim ini turut dimeriahkan dengan persembahan bertenaga daripada Faizal Tahir menerusi lagu ‘Sampai Syurga’, Jamal Abdillah dengan lagu ‘Terharu’ dan paling menarik adalah nyanyian lagu ‘Ayat-Ayat Cinta’ dan ‘Hey Ladies’ daripada penyanyi Indonesia, Rossa.

Semua peserta My Starz LG dilatih oleh penasihat vokal, penyanyi dan pencipta lagu Lah Ahmad, koreografer tarian Raimee Salleh dan Syaiful Bahrim sebagai konsultan imej.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan