Raja Lawak: Peserta terlemah Amir terselamat, Am dan Chot tersingkir

Diterbitkan: Isnin, 23 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Amir terselamat, meskipun dilihat tidak layak memandangkan prestasinya yang langsung tidak memberangsangkan
Amir terselamat, meskipun dilihat tidak layak memandangkan prestasinya yang langsung tidak memberangsangkan

EPISOD kelapan musim ketiga Raja Lawak minggu lepas membawa tajuk 'Bebas' dan peserta diberi pilihan membawa apa saja watak kecuali manusia. Episod yang dibimbing oleh Azizi Chunk, pengarah Antoo Fighter memberi kebebasan kepada pelajar untuk mengasah lagi bakat mereka di minggu-minggu terakhir, yang masih belum lagi menyerlah sepenuhnya.

Bimbingan yang diberi Aziz kurang dimanfaatkan sebaik mungkin kerana peserta masih tidak dapat menangkap biji butir pelajaran yang diberi. Kalau hendak diharapkan idea memang seorang, dua saja peserta yang nampak bakat lawak semulajadi mereka.

Yang lain tu harapkan belas ihsan pengundi di luar sana untuk membantu mereka kekal di dalam pusingan Raja Lawak seterusnya.

Oleh kerana di pusingan ketujuh tiada penyingkiran yang berlaku maka di episod minggu lepas, yang ke udara pada jam 9 malam di Astro Prima, dua peserta diumumkan terkeluar dari Raja Lawak iaitu peserta solo Am dan peserta berkumpulan Chot.

Kalau diikutkan, peserta solo Amir yang berasal dari Kelantan yang lebih layak meninggalkan Gelanggang Raja Lawak berbanding dengan Chot.

Pilihan yang dibuat oleh penyokong Raja Lawak di sana tidak adil memandangkan prestasi Amir yang langsung tidak memberangsangkan.

Peserta berbadan kecil yang selalu mendapat 'pujian' simpati dari juri tetap Fauziah Nawi dan kadangkala Zaibo, seharusnya terkeluar minggu lepas.

Amir sememangnya tidak layak ke pusingan akhir bersama kumpulan LNJ, Sepah dan peserta solo wanita Jihan.

Sungguh memalukan melihat Amir yang terkial-kial melontarkan ideanya yang tidak lucu, lawak yang tidak menjadi bersama loghat Kelantannya yang pekat sekali.

Secara tidak sedar, martabat Raja Lawak musim ini menurun dan menjadi seperti gelanggang 'amatur' di mana lawak tadika pun boleh di kategorikan sebagai lucu.

Hairan sungguh kenapa tidak ada pemantauan dibuat untuk memastikan hanya yang terbaik saja layak ke pusingan seterusnya.

Apa yang terjadi saban minggu, Amir dibiarkan saja menjadi 'tukang karut' selama 2 minit. Kasihan melihat kegigihan Amir meneruskan perjuangannya di gelanggang Raja Lawak walau ramai sependapat mengatakan Amir antara peserta yang paling lemah, kurang berbakat dan tidak kreatif.

Jangan kerana susuknya yang kecil dan latar belakangnya sebagai penoreh getah memberi dia keistimewaan untuk berada terus di Raja Lawak kerana ini sungguh tidak adil pada yang lain.

Sungguhpun Jihan adalah harapan pelawak wnaita tapi beliau juga mempunyai banyak kelemahan. Walaupun susunan cerita agak menarik, ianya kurang lucu.

Dari segi mutu persembahan dan kepuasan dari penonton, hanya dua peserta saja yang benar-benar berbakat dan boleh diasah - LNJ dan Sepah.

Yang lain, sekadar meramaikan peserta Raja Lawak musim ini. Nak kata mneyerikan pun tidak boleh kerana lawak mereka tidak meninggalkan kesan.

Memang benar, bakat yang ada perlu diasah tapi masalahnya peserta musim ini, bakat yang mereka ada tidak sebesar mana, jadi pembelajaran di Gelanggang Raja Lawak mungkin tidak akan meninggalkan kesan apa-apa.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan