SRK duduk sehari di hospital, 6 minggu rehat di rumah

Diterbitkan: Jumaat, 20 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SRK meninggalkan hospital setelah menjalani surgeri di bahu kirinya. Beliau hanya tinggal sehari saja di hospital.
SRK meninggalkan hospital setelah menjalani surgeri di bahu kirinya. Beliau hanya tinggal sehari saja di hospital.

BIG B atau Amitabh Bachchan bercadang melawat Shah Rukh Khan (SRK) di kediamannya di Mannat setelah mendengar pelakon NO 1 selamat menjalani pembedahan di bahu kirinya.

Walaupun perhubungan di antara mereka dikatakan agak dingin satu ketika dulu kini disebabkan perselisehan pendapat, tapi semuanya sudah pulih seperti sediakala.

Malah, SRK tidak mendapat undangan ke perkahwinan Abishek Bachchan dan Aishwarya Rai kerana masalah ini.

"Saya telah pun menghantar ucap selamat kepada Shah Rukh mendoakan dia cepat sembuh. Dia telah menelefon dan mengucapkan terima kasih dan memberitahu dia sudahpun balik ke rumahnya.

"SRK kata dia rasa cukup tertekan di hospital jadi dia balik ke rumah," kata Bachchan di dalm blognya.

Amitabh menghantar mesej berbunyi: "Saya bercadang melawat awak di hospital." Dan SRK balas..."Marilah ke rumah saya, 'we can play some games'."

"Jangan ambil mudah surgeri itu, saya menasihatinya supaya banyak berehat dan jangan terlalu sibuk dengan aktiviti. Dia kedengaran seperti orang keletihan. Saya akan melawatnya esok," jelas Bachchan lagi.

Shah Rukh melalui surgeri arthroscopik pada hari Isnin setelah mendapat kecederaan di bahu kirinya. Pembedahan itu telah dilakukan di Hospital Breach Candy, Selatan Mumbai. Beliau telah minta dilepaskan pada hari Selasa petang.

Aktor itu telah dinasihatkan supaya berehat selama enam minggu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan