'Slumdog Millionaire' diheret ke mahkamah, Anil ke Anugerah Oskar

Diterbitkan: Jumaat, 20 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Anil Kapoor membawa watak pengacara game show dalam filem yang mendapat banyak pencalonan di Oskar iaitu 'Slumdog Millionaire'.
Anil Kapoor membawa watak pengacara game show dalam filem yang mendapat banyak pencalonan di Oskar iaitu 'Slumdog Millionaire'.

AKTOR Bollywood Anil Kapoor sudah bersiap sedia untuk ke Anugerah Oskar, yang akan berlangsung pada hari Ahad 22 Februari. Tapi pemergiannya ke acara gemilang itu tidak akan diringi oleh anak kesayangan Sonam kerana sibuk dengan promosi filem 'Delhi-6' di India.

"Saya akan menghadiri premier filem anak saya dulu di Delhi dan kemudiannya baru berlepas ke Amerika," kata Anil.

Dalam filem itu, Anil membawa watak pengacara game show. Filem 'Slumdog Millionaire' yang mendapat banyak pencalonan Oskar, diarahkan oleh peberbit keturunan British Danny Boyle.

Filem ini mengisahkan penderitaan kehidupan setinggan di India. Kehidupan mereka mulanya miskin dan kemudiannya berubah menjadi kaya.

Ramai karyawan Hollywood memuji filem yang mendapat 10 pencalonan ini termasuklah susunan muzik dan kekuatan lagu-lagu yang terbaik oleh A.R. Rahman.

Selain Anil, dua pelakon kanak-kanak filem ini, Rubina Ali dan Azharuddin Ismail begitu teruja kerana dipilih untuk mengikuti rombongan ke Oskar.

Bukan saja ini adalah kali pertama kedua anak kecil ini menaiki pesawat tapi mereka juga akan berjalan di atas karpet merah dan bergaul dengan selebriti terkemuka Hollywood.

Di sebalik kegemilangan filem ini, pelakon-pelakon dan juga muzik maestro A.R Rahman telah dihadapkan ke mahkamah Bihar pada hari Rabu untuk perbicaraan kes saman malu atas tuduhan 'memberi gambaran buruk kepada penduduk setinggan.'.

Kes ini akan didengar semula pada 24 Februari nanti.

"Mahkamah tidak menolak mendengar perbicaraan kes ini," jelas satu sumber.

Menurut sumber itu, petisyen yang dikemukakan oleh Vishwakarma, setiausaha agung Jhuggi Jhonpdi Sanyukta Sangharsh Samiti (persatuan yang menegakkan hak golongan setinggan), antara lain kandungannya... menuduh pengarah muzik A.R. Rahman, aktor Anil Kapoor dan lain-lain pekerja India yang terlibat dalam pembikinan filem ini "telah menyinggung perasaan kaum setinggan dengan menyalahguna tajuk untuk filem ini."

Namun, tidak ada sebarang dakwaan atau tuduhan dikenakan ke atas pengarah filem Danny Boyle.

"Tajuk yang digunakan untuk filem ini adalah bersalahan dengan prinsip manusia sejagat," kata Vishwakarma.

Salinan petition telahpun dihantar ke Komisyen Hak Asasi Nasional, Komisyen Hak Asasi Negeri dan Lembaga Penapis Filem kerajaan.

Beberapa minggu yang lalu, sekumpulan wakil penduduk setinggan telah membuat protes ke atas filem ini dan mengoyak poster dan banner di Panggung Ashok kerana marah dengan perkataan 'dog' atau anjing yang digunakan.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan