Shilpa simpati nasib mangsa kanser Jade Goody

Diterbitkan: Jumaat, 20 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Persahabatan Jade dan Goody amat menarik untuk renungi. Mereka diketemukan pada tahun 2007 dalam sebuah realiti program British bertajuk
Persahabatan Jade dan Goody amat menarik untuk renungi. Mereka diketemukan pada tahun 2007 dalam sebuah realiti program British bertajuk "Celebrity Big Brother" di mana Shilpa menjadi mangsa Goody yang menyerangnya dengan isu berbaur racist dan perkauman dalam program itu.

BINTANG realiti TV British, Jade Goody, yang baru-baru ini diserang penyakit kanser telah mempelawa bintang Bollywood Shilpa Shetty ke majlis kahwinnya hari Ahad ini.

"Saya telefon dia dan ingin bertanya khabar tentang khabar angin yang mengatakan dia mendapat kanser.

"Goody memberitahu berita itu benar tetapi belum sempat saya bertanya lebih lanjut, Goody telah menjemput saya ke majlis kahwinnya," jelas Shilpa dalam blognya: www.shilpashettylive.com/blog/.

Shilpa menulis yang dia melalui berbagai emosi yang sukar digambarkan apabila mendapat undangan kahwin Goody yang akan melangsungkan perkahwinan dengan Jack Tweed, berusia 21 tahun.

"Bermacam perasaan bercampur baur - gembira, serba salah dan kesedihan yang amat sangat," katanya.

Persahabatan Jade dan Goody amat menarik untuk renungi. Mereka diketemukan pada tahun 2007 dalam sebuah realiti program British bertajuk "Celebrity Big Brother" di mana Shilpa menjadi mangsa Goody yang menyerangnya dengan isu berbaur racist atau perkauman dalam program itu.

Malah insiden ini turut mendapat liputan meluas seluruh dunia. Namun kedua mereka menjadi kawan baik tidak lama selepas itu.

Shilpa, walaubagaimanapun, tidak dapat menghadiri perkahwinan Goody kerana sibuk dengan penggambaran yang dijadualkan di Kuala Lumpur.

Aktres yang baik hati ini amat mengambil berat tentang kebajikan anak-anak Goody - Bobby (5 tahun) dan Freddie, 4 tahun.

"Goody mahukan kebahagiaan untuk anak-anaknya. Saya harap Jack akan jadi ayah yang baik kepada mereka. Saya juga mendoakan sesuatu yang ajaib berlaku ke atas kesihatan Jade.

"Doa saya agar semuanya baik-baik saja untuk mereka sekeluarga," kata bekas kekasih Akshay Kumar ini.

Tahun lepas, Goody telah datang ke India untuk rakaman program realiti TV "Celebrity Big Brother" - "Bigg Boss 2", versi India yang dihoskan oleh Shilpa.

Namun, di minggu kedua rakaman itu, Goody diberitahu tentang kanser serviks yang dihidapinya dan terpaksa membatalkan rakaman untuk membuat rawatan susulan.

Kini, kanser Goody telah merebak ke paru-paru dan tempat peranakan.

Menurut doktor, Goody hanya ada beberapa bulan saja untuk hidup.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan