Rodziah lupakan niat buat lauk kegemaran Sudirman

Diterbitkan: Jumaat, 20 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lebih 30 rakan artis yang turut menjayakan majlis tahlil untuk Allahyarham Sudirman. Antaranya, Erra Fazira, Habsah Hassan, Rubiah Suparman.-foto mStar oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ
Lebih 30 rakan artis yang turut menjayakan majlis tahlil untuk Allahyarham Sudirman. Antaranya, Erra Fazira, Habsah Hassan, Rubiah Suparman.-foto mStar oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ

DISEBABKAN majlis tahlil sempena memperingati ulangtahun pemergian Allahyarham Sudirman ke-17 telah dilakukan semalam di Restoran Puteri, Taman Tun Dr. Ismail, kakak arwah, Datin Rodziah terpaksa melupakan niatnya untuk memasak lauk kegemaran arwah iaitu sambal tumis ikan bilis.

Jika diikutkan, setiap tahun, Rodziah dan keluarga akan membuat majlis tahlil untuk arwah di kediaman mereka di Bangsar. Namun kali ini pihak Suria FM dan Kosmetik Leesa Formula dengan berbesar hati menganjurkan majlis tersebut.

“Baru-baru ini, Editor Hiburan dari Karangkraf, Intan Zabidin bertanya dan meminta izin kepada saya untuk membuat majlis tahlil untuk arwah pada hari ini (19 Februari).

“Saya cakap apa pula nak minta izin sebab hal tersebut perkara baik. Jadi, kami terus bersetuju dan tiada masalah walaupun hendak membuat bila-bila masa sahaja yang tidak semestinya pada 22 Februari.

“Syukur, alhamdulillah. Sekurang-kurangnya bukan keluarga saya sahaja yang mengingati arwah malah ada juga orang lain yang turut mengingatinya.

“Keluarga saya memang pada mulanya merancang hendak membuat majlis tahlil untuk arwah pada 22 Februari ini apabila semua ahli keluarga dapat berkumpul bersama.

“Tetapi, apabila ada pihak lain yang nak buat, kami rasa lebih baik kita buat sekali. Majlis pada malam ini dihadiri oleh adik dan anak saudara saya termasuk peminat arwah yang menelefon untuk datang sekali,” kata Rodziah yang hadir bersama lebih 10 orang ahli keluarganya.

Tambah Rodziah, jika keluarganya akan melakukan majlis tahlil selepas ini, dia akan menjamu tetamu dengan lauk kegemaran arwah.

“Arwah suka lauk sambal tumis ikan bilis masakan saya. Dia suka sambal yang saya masak kerana katanya ia lain daripada lain,” ujar Rodziah yang turut bercerita tentang salah seorang peminat arwah dari Amsterdam, Annalizza yang sanggup datang ke Malaysia selepas bermimpikan arwah.

Tutur Rodziah mengenai reaksinya apabila mendengar cerita daripada wanita yang disapanya sebagai Lizza itu: “Saya tak terfikir tentang apa yang dia cakap sehingga sanggup habiskan duit untuk datang ke sini.”

Sudirman dilahirkan pada 25 Mei, 1955 di Temerloh, Pahang. Pemergian seniman dalam usia semuda 37 pada tarikh 1992 banyak mencoretkan memori indah di benak rakan dan keluarga tersayang.

Bekas Bintang RTM 1976 ini juga pernah dinobatkan sebagai Penghibur Terbaik Asia dan sering digelar 'the singing lawyer.'

Hingga kini masih belum ada penyanyi mahupun penghibur Malaysia yang mampu menyaingi kehebatan Allahyarham yang mengukir nama sebagai penulis, kartunis, pelakon dan usahawan. Datuk Siti pernah membuat konsert tribute kepada Sudirman di Istana Budaya beberapa tahun lalu.

Lebih 30 artis turut serta berdoa untuk Sudirman

Majlis tahlil yang berlangsung mulai pukul 6.30 petang itu turut disertai oleh lebih 30 rakan artis, Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin, penyampai Suria FM dan Pengarah Urusan Leesa Formula Sdn. Bhd., Che Mona Din beserta suami dan anak-anaknya.

Antara selebriti yang hadir adalah Erra Fazira, Noniswara, Eira Syazira, Emma Akma, Bob AF, Khai AF, Didie AF, Rabbani, Alyah, Farah Ashikin, Ina Naim dan suami, Din Wahab, Rubiah Suparman, dan Habsah Hassan.

Menurut Engku Emran, ini merupakan kali pertama Suria FM menganjurkan majlis tahlil untuk arwah Sudirman dengan kerjasama Kosmetik Leesa Formula.

“Selain itu, kita juga mengadakan majlis ini untuk mangsa Israel di Gaza dan mereka yang telah meninggal dunia termasuk arwah bapa Datuk Siti Nurhaliza.

“Kita mulakan majlis ini dengan solat Maghrib berjemaah, selepas itu membaca surah Yassin, solat Isyak, jamuan makan sekaligus dengan majlis beramah mesra antara tetamu yang hadir.

“Selepas kami memberitahu niat untuk membuat majlis ini, pihak Leesa Formula juga bersetuju dengan hal itu dan sudi menaja makanan untuk malam ini (semalam).

“Dengan bantuan Habsah Hassan yang dapat dengan keluarga arwah, alhamdulillah majlis pada malam ini berjalan dengan lancar,” luah Emran.

Dalam pada itu, Mona Din pula berkata dia sudi membantu menaja majlis tersebut kerana syarikatnya memang ada menetapkan bajet untuk melakukan kerja amal dan keagamaan.

“Ini merupakan kali pertama syarikat saya membuat majlis tahlil untuk arwah Sudirman.

“Saya fikir kenapa tidak saya membuatnya apabila Allah membuka rezeki lebih kepada syarikat kami.

“Kebetulan, saya mendapat sokongan daripada pihak Suria FM untuk mengadakan majlis ini yang dianggap sebagai sebahagian kerja keagamaan.

“Jadi, saya berbesar hati apatah lagi saya memang meminati Allahyarham. Bukan itu sahaja, di dalam majlis ini, kami juga berniat untuk mereka yang telah tiada sebagai tanda kami menyokong dunia artis walaupun kami tidak mampu menaja konsert yang besar.

“Ada peluang nanti, kami akan pertimbangkan untuk mengadakan majlis seperti ini lagi di mana bukan berniat untuk mencari publisiti tetapi untuk menghulurkan sumbangan,” ulas pemenang Anugerah Wanita Waja 2008 di Anugerah Ikon Wanita 2008 baru-baru ini.

iklan

Video

Khamis, 22 Jun 2017 3:00 PM

EKSKLUSIF! Wany Hasrita Cinta Eric Fuzi?

Khamis, 22 Jun 2017 12:12 PM

Sharifah Amani Pantang Kena Tegur?

Khamis, 22 Jun 2017 9:00 AM

Sayu... Air Mata Kerinduan Ir Radzi

Rabu, 21 Jun 2017 3:00 PM

Zul Ariffin Nak Balas Dendam?

Rabu, 21 Jun 2017 12:05 PM

Wow! Fauziah Latiff Masih 'Hot'

Rabu, 21 Jun 2017 9:30 AM

Bella Nazari Pernah Buat 'Kerja Gila'

Selasa, 20 Jun 2017 3:00 PM

Fathia Latiff Mangsa Komen Lucah

Selasa, 20 Jun 2017 12:00 PM

Kesiannya... Tajul Kesepian

Selasa, 20 Jun 2017 9:25 AM

Abam 'Recycle' Baju Raya

Kolumnis

iklan

Iklan