Cinta monyet Nick Jonas dan Selena Gomez tidak ke mana

Diterbitkan: Jumaat, 20 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nick Jonas bergambar dengan patung waxnya di Muzium Madame Tussauds  New York
Nick Jonas bergambar dengan patung waxnya di Muzium Madame Tussauds New York

PENYANYI Nick Jonas, dari anggota The Jonas Brothers akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepada kekasihnya Selena Gomez setelah menjalin hubungan selama satu tahun.

Pasangan yang berusia 16 tahun itu telah bersama sejak tahun lepas lagi tapi selalu mengelak apabila ingin ditemubual tentang kisah cinta mereka.

Malah kedua-duanya saling menafikan yang mereka ada hubungan cinta walaupun ditemui bersama di banyak majlis.

Walaupun selalu mengelak, paparazi dari majalah dan tabloid tetap berjaya menghidu perkembangan cinta pasangan 'Romeo dan Juliet' ini. Tapi sudahnya, kisah cinta mereka terlerai di tengah jalan juga.

"Bukan senang hendak memuaskan hati Nick. Dia seorang lelaki yang tidak mudah dibawa keluar dating.

"Jiwa Nick terlalu mendalam ke arah muzik. Sesiapapun gadis yang ingin menjadi temannya kena bersedia untuk menjadi nombor dua dalam kehidupannya.

"Selena selalu rindu untuk bersama Nick tapi dia selalu tidak ada. Walaupun begitu mereka tetap berkawan rapat.

"Selena adalah seorang gadis yang baik. Dia seorang yang dewasa dan tidak akan menunjukkan sikap yang tidak elok walaupun dia sedih hanya kerana mereka sudah tidak lagi menjadi pasangan kekasih," kata teman baik kedua pasangan itu.

Jonas pernah menjadi teman lelaki pelakon remaja Miley Cyrus satu ketika dulu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan