Aishwarya ungguli senarai Forbes kalahkan bintang Bollywood lain

Diterbitkan: Jumaat, 20 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aishwarya Rai, satu-satunya aktres Bollywood di dalam senarai kelab elite ini.
Aishwarya Rai, satu-satunya aktres Bollywood di dalam senarai kelab elite ini.

FORBES (majalah bisnes paling berprestij di Amerika) telah menyenaraikan nama Aishwarya Rai sebagai bintang India No 1 yang paling lumayan sekali pulangannya di Hollywood. Aishwarya menduduki tempat teratas sekali mengalahkan semua aktor Bollywood yang lain.

Nama Aishwarya adalah antara 6 nama bintang Bollywood di dalam senarai baru Forbes bagi kategori 'Hollywood's Most Valuable Actors' (Pelakon Hollywood Paling Bernilai". Nama-nama lain yang turut tersenarai ialah Aamir Khan, Shah Rukh Khan, Salman Khan, Irrfan Khan dan Hrithik Roshan.

Walaupun Aishwarya berada di anak tangga ke-387 dalam senarai global yang mengandungi nama 1,411 pelakon di seluruh dunia, isteri kepada Abishek Bachchan ini tetap di tempat atas dan satu-satunya aktres Bollywood di dalam senarai kelab elit ini.

Di dalam senarai itu juga termasuk aktor India-Amerika Kal Penn, yang membintangi filem "The Namesake".

Kal berada di tangga ke 476, lebih tinggi dari semua aktor Bollywood yang lain namun ketinggalan ke belakang jika dibandingkan dengan Aishwarya Rai, yang membintangi filem Hollywood terbaru "The Pink Panther 2".

Antara aktor Bollywood pula, Aamir menduduki tempat ke-540 dalam senarai global, diikuti dengan Shah Rukh Khan (735), Salman (753), Irrfan (825) dan Hrithik (1,059).

Senarai global itu diungguli oleh pelakon Hollywood Will Smith, berdasarkan aspek 'bankability' aktor ini di dalam industri hiburan peringkat global, kata Forbes.

Malah Smith satu-satunya aktor yang dapat markah penuh 10, diikuti empat pelakon Hollywood yang lain - Johnny Depp, Brad Pitt, Leonardo DiCaprio dan Angelina Jolie - berkongsi tempat kedua.

Dalams enarai 'Top 10' pula ialah Tom Hanks, George Clooney, Denzel Washington, Matt Damon dan Jack Nicholson.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan