Kakak Tua: Susahnya hendak luruskan ekor beruk!

Diterbitkan: Khamis, 19 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Bakat yang dimilikki Fasha Sandha sering dipandang sepi kerana ditutupi gosip peribadi.
Bakat yang dimilikki Fasha Sandha sering dipandang sepi kerana ditutupi gosip peribadi.

MORAL kian terhakis dan nilai adab kesopanan bagai tidak berharga lagi. Gambar lucah orang politik, artis dan orang biasa bersebaran di internet dalam aksi intim atau erotik. Semua ini hanya mengundang umpat dan keji. Kesannya pada orang yang memerhati...

Menjatuhkan hukum memang mudah tapi orang yang dijatuhkan hukum itu terkesan ke? Samalah seperti usaha kita hendak meluruskan ekor anjing atau ekor beruk. Sampai bila pun tidak akan berhasil.

Begitulah kalau perangai jahat itu sudah menjadi air mandi, susah hendak ditinggalkan. Lihat saja bila artis berkemban di majlis anugerah. Sememangnya tak salah, tambah kalau tubuh wanita itu montok, seksi dan ada paras rupa. Betapa manis Datin Tiara Jacquelina berkemban bila gelaran yang diberi Gusti Putri. Selayaknya tuan puteri Jawa berpakaian sedemikian?

Tapi fesyen tidak cukup kain yang dulunya dipopularkan zaman 'Batu Belah Batu Bertangkup' ini agak janggal bila dilakukan sekarang kerana lebih ramai yang menutup dari membuka aurat.

Kalau ramai buat onar dan maksiat, ramai lagi golongan yang cuba 'mencari jalan pulang' dan meluat melihat adegan mengundang dosa di depan mata. Maka, aksi jelek sedemikian membuat lebih ramai yang mencemuh dari memuji.

Jadi apalah 'salahnya' kalau aktres yang sudah disapa usia seperti Azizah Mahzan mengaku tidak berasa janggal berpelukan dengan pelakon Zaefrul dan sanggup letak di 'Facebook'nya untuk tatapan umum. Orang media dengan pena tajamnya sekalipun tidak boleh buat apa? Lagipun, "saya bukan bertelanjang" - meminjam kata Kak Zi (Azizah).

Ada yang kata sakit mata bila tengok aksi yang tidak selayaknya dilakukan oleh wanita sebaya kak Zi itu. Tapi bila dua-dua sudah 'menghalalkan' satu perhubungan atas dasar kakak dan adik, habis sudah bual bicara.

Bijak mencari alasan, menyelamatkan diri dari dihentam terus-terusan. Itulah kecekapan artis kita. Terlatih dan terbiasa dengan 'maaf saya terkhilaf' dan 'media salah lapor'.

Setakat Kak Zi yang tua itu bijak memberi alasan untuk peminat memaafkan kesilapannya yang di luar batasan itu tidaklah mengagumkan sangat.

Hebat lagi aktres setahun jagung seperti Fasha Sandha, Memey Suhaiza dan Diana Danielle bermain dengan kata-kata, emosi dan bersandiwara hingga berjuraian airmata membuat ramai terpana dan keliru membaca kenyataan pembelaan mereka.

Mujurlah ibu muda seperti Nora Danish tidak stres bila mengikuti 'perbicaraan' di dada media ini. Elok sangatlah Nora tumpukan pada baby yang baru lahir itu.

Bila fikirkan balik, mungkin kita sahaja yang membuat persepsi yang mereka ini 'bersalah' tapi sebenarnya 'saya adalah mangsa.' Kalau tanya Kakak Tua, 'to each their own.'

Salah atau tidak, itu semua terpulang kepada interpretasi dan penilaian masing-masing. Kalau kita mahu gunakan akal dan kewajaran, tentu saja yang buruk dari kaca mata adab dan agama akan senantiasa kita jauhi.

Tapi kebiasaannya bila mental atau fikiran kita bercelaru, ianya akan terzahir dalam bentuk perkataan dan perbuatan. Maka terpacullah kata-kata yang kurang logik, kurang waras dan menyakitkan hati kerana jiwa sudah sakit!

KAKAK TUA: Pendusta berdiri tiada berkaki

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan