Jurusolek artis Robin Williams ubah wajah Bachchan dalam 'Pa'

Diterbitkan: Khamis, 19 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Amitabh akan digandingkan dengan Vidya Balan dan anak lelakinya, Abishek Bachchan dalam filem 'Pa'.
Amitabh akan digandingkan dengan Vidya Balan dan anak lelakinya, Abishek Bachchan dalam filem 'Pa'.

SELAMA bertahun-tahun menjadi pelakon, memang sukar untuk mengubah secara 'total' wajah milik Amitabh Bachchan. Paling hampir pun apabila 'make-up' artis Raj Kumar Santoshi berjaya mengubah wajah ikon itu untuk satu watak polis bagi filem 'Khakee'.

Kini Balki, teman rapat Bachchan yang pernah bekerjasama dengan Bachchan dalam filem romantik 'Cheeni Kam" (yang dibintangi oleh Tabu) akan mengubah wajah asal Bachchan untuk filem terbarunya 'Pa.'

'Pa' adalah filem kedua Balki tapi kali ini tanpa aktres Tabu. Balki akan mengandingkan Bachchan dengan Vidya Balan dan anak lelakinya, Abishek Bachchan.

"Tidak, ia bukan filem klise. Malah ada sedikit tragedi," kata Balki yang akan memulakan pengambaran di Delhi dan Gwalior tidak lama lagi.

Bagi memberi kesan yang lebih, Balki berusaha mendapatkan khidmat make-up artis terkenal dari Hollywood, Stephan Dupuis, pemenang anugerah Oskar sebanyak dua kali dan pernah mengubah penampilan Robin Williams dalam 'Mrs Doubtfire'.

Dupuis juga adalah orang yang sama, memberi stail berbeza kepada Sean Penn untuk watak dalam bio-pic 'Milk'.

Kini Dupuis sibuk melihat semua DVD filem lakonan Bachchan yang lalu untuk melihat variasi wajah yang pernah dibawanya sebelum ini.

Tidak banyak variasi yang pernah dilakukan. Cuma sedikit perubahan wajah dalam filem 'Aakhri Raasta,' 'Sooryvansham,' watak Mehmood dalam 'Desh Premi' dan 'Lawaaris'.

Balki berkata, "Filem terbaru saya 'Pa' memerlukan kolaborasi yang rapi. Bachchan akan bertukar menjadi 'orang lain' untuk watak dalam filem itu.

"Bukannya tidak ada make-up artis di India tapi tugasan ini memerlukan seseorang yang benar-benar mahir. Setelah melihat hasil kerja Dupuis dalam 'Mrs Doubtfire' saya rasa dia lah orang yang paling sesuai memberi sentuhan yang diperlukan ke atas Bachchan."

Bachchan yang senantiasa sibuk ini agak cerewet bila sesuatu watak itu memerlukan rambut palsu atau make up dan menyerah bulat-bulat kepada Balki dan Dupuis untuk sentuhan ajaib bagi wataknya itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan