Jins Shamsudin terima Anugerah Seni Negara

Diterbitkan: Khamis, 19 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin (kiri) menyampaikan trofi Anugerah Seniman Negara kepada penggiat seni tanah air, Senator Tan Sri Jins Shamsuddin (kanan) pada majlis Penganugerahan Anugerah Seni Negara Ke-8 di sini, malam tadi.Foto Bernama.
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin (kiri) menyampaikan trofi Anugerah Seniman Negara kepada penggiat seni tanah air, Senator Tan Sri Jins Shamsuddin (kanan) pada majlis Penganugerahan Anugerah Seni Negara Ke-8 di sini, malam tadi.Foto Bernama.

KUALA LUMPUR:Penggiat seni tanah air Tan Sri Jins Shamsudin malam ini menerima Anugerah Seni Negara kelapan kerana hasil usaha gigih dan kesungguhan beliau dalam penglibatan dan sumbangan seninya yang berterusan hampir setengah abad.

Anugerah itu disampaikan oleh Yang diPertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Majlis Penganugerahan Anugerah Seni Negara di sini.

Jins, 74, turut menerima Warkah Penghormatan Negara, wang tunai RM60,000, trofi, sepasang persalinan lengkap baju Melayu songket, kemudahan perubatan kelas satu di hospital kerajaan, selain menjadi pengkarya, pencipta tamu kehormat, serta wakil Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan pada mana-mana seminar atau forum peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Turut berangkat ke majlis itu, Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah, Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Timbalannya Teng Boon Soon.

Anugerah Seni Negara yang diperkenalkan sejak 1993 adalah pengiktirafan yang diberikan kerajaan kepada penggiat, karyawan dan seniman tempatan yang mempamerkan ketokohan dan sumbangan cemerlang mereka dalam membantu perkembangan seni tanahair.

Sementara itu, Jins ketika ditemui selepas majlis penganugerahan itu berkata beliau bersyukur dengan anugerah itu kerana mengganggap ia sebagai satu penghargaan kepadanya sepanjang penglibatan beliau dalam seni tanah air.

Penganugerahan itu dibahagikan kepada enam bahagian seni budaya antaranya iaitu muzik, tari, teater, visual dan filem dan turut mengiktiraf 36 penerima lain dalam setiap sektor yang diceburi termasuk 16 penerima untuk anugerah karyawan seni iaitu empat penerima, pencipta, pengubah, pengarah dan pemuzik.

Dua anugerah lagi diberikan kepada karyawan seni tari iaitu koreografer dan penari.

Antara mereka yang turut menerima anugerah pada majlis itu ialah Datin Paduka Shuhaimi Baba, Fauziah Nawi, Datuk Jalaluddin Hassan, Norsiah Yatim (penari), Rosyam Noor dan Aziz M. Osman.

Sementara itu, Shafie dalam ucapannya berkata usaha memartabatkan seni dan budaya perlu dijana seiring dengan kehendak pasaran.

"Melalui usaha mengkomersialkan seni dan budaya, pengkarya boleh mendapat imbuhan sewajarnya dan secara langsung meningkat taraf hidup mereka.

Pembangunan industri kreatif akan menjadi landasan kepada lahirnya para karyawan yang berdaya saing memajukan diri dan memasarkan hasil seni seluas mungkin," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 28 Jun 2017 3:30 PM

Kenapa Amyra Rosli Geram?

Rabu, 28 Jun 2017 12:00 PM

Amboi... Nabil Tak Puas Hati Dengan Skrip?

Rabu, 28 Jun 2017 9:00 AM

Lucu... Kisah Raya Floor88

Selasa, 27 Jun 2017 3:00 PM

Ardell Dah Jemu Berlakon?

Selasa, 27 Jun 2017 2:25 PM

Siti Nurhaliza Pun Naik ETS Tau!

Selasa, 27 Jun 2017 9:33 AM

Hazman dan Eryn Raya Bersama?

Isnin, 26 Jun 2017 3:00 PM

Dapat Impak Ramai Penyanyi Bernama 'Wani'

Isnin, 26 Jun 2017 12:09 PM

Kisah Raya 3 Teruna

Isnin, 26 Jun 2017 9:30 AM

Selongkar Raya Zara Zya

Kolumnis

iklan

Iklan