Ajay Devgan cuba genre komedi pula

Diterbitkan: Khamis, 19 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Selepas filem terakhir 'U Me Aur Hum' kurang menyerlah, aktor Bollywood Ajay Devgan masih tidak putus asa.
Selepas filem terakhir 'U Me Aur Hum' kurang menyerlah, aktor Bollywood Ajay Devgan masih tidak putus asa.

SELEPAS filem terakhir 'U Me Aur Hum' kurang menyerlah, aktor Bollywood Ajay Devgan tidak putus asa. Dengan keazaman baru, kini dia berazam untuk menerbitkan filem baru bulan hadapan.

Filem baru ini akan menyaksikan dua orang sahabat - Sanjay Dutt dan Ajay Devgan berpadu tenaga sekali lagi. Kali ini mereka akan membuat filem komedi tapi Ajay tidak mahu mengarah.

Sebaliknya menyerahkan kerja pengarahan kepada kawan lamanya Rohit Shetty.

Shetty dan Ajay pernah berganding bahu untuk menyiapkan filem blockbuster tahun 2008 'Golmaal Returns'.

"Rohit dan saya berkawan sejak 17 tahun yang lalu. Beliau adalah penolong saya untuk filem pertama 'Phool Aur Kaante,'" kata Ajay yang juga suami kepada aktres Kajol ini.

Bagi memberi seri kepada projek Ajay-Shetty ini, Ajay akan menjemput teman selebriti Fardeen Khan untuk menjadi bintang utama.

Menurut Shetty, filem ini tidak akan memaparkan banyak aksi slapstick seperti dalam filem 'Golmaal'.

"Ajay sangat suka akan skripnya begitu juga Sanjay. Kedua mereka sudah tidak sabar untuk ke lokasi bagi pengambaran filem ini," kata Shetty yang amat bangga Ajay memilihnya untuk mengarah filem ini.

Filem ini akan mengingatkan peminat Bollywood akan kehebatan filem-filem di era Hrishikesh Mukherjee tahun 70an.

Sememangnya filem aksi komedi adalah genre kegemaran Rohit Shetty.

"Itu yang penonton mahukan. Mereka tidak mahu ke panggung untuk menangis?," kata Shetty.

Setelah berhabisan dengan 'U Me Aur Hum', mungkinkah filem baru ini akan menebus kegagalan Ajay.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan