Wajah baru Mel Gibson

Diterbitkan: Rabu, 18 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aktor-pengarah Mel Gibson yang  pernah memenangi anugerah Oskar membuat penampilan baru ini bagi watak utama dalam filem
Aktor-pengarah Mel Gibson yang pernah memenangi anugerah Oskar membuat penampilan baru ini bagi watak utama dalam filem "George And Sam."

WAJAH tampan Mel Gibson yang sudah lama tidak kelihatan, bertambah kacak apabila pelakon itu memasang misai dan janggut untuk watak dalam filem barunya.

Aktor-pengarah terkenal, yang pernah memenangi anugerah Oskar ini, membuat penampilan baru bagi menghayati watak utama dalam filem "George And Sam."

Filem ini berkisar tentang dua orang sahabat yang bertemu kembali dan watak Gibson digambarkan sebagai seorang banduan yang dibebaskan selepas 20 tahun kerana tidak bersalah atas tuduhan yang dikenakan.

Selain dari filem ini, peminat Gibson mungkin akan ternanti-nanti filem lakonannya yang satu lagi iaitu, "Edge Of Darkness" yang akan diedarkan pada penghujung tahun ini.

Kedua-dua filem ini merupakan filem 'comeback' Ginson selepas dia terlibat dalam kontroversi membuat kenyataan anti-semitik pada tahun 2006.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan