"Saya tidak tahu punca Abby tarik diri"

Diterbitkan: Rabu, 18 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Memey dikatakan menjadi punca utama Abby Abadi menarik diri daripada filem Dimensi Cinta - foto THE STAR oleh SHAARI CHEMAT
Memey dikatakan menjadi punca utama Abby Abadi menarik diri daripada filem Dimensi Cinta - foto THE STAR oleh SHAARI CHEMAT

NAMPAKNYA kisah kontroversi yang melanda diri pelakon muda ini belum lagi reda. Belum pun habis isu khalwat yang melanda dirinya dan aktor Norman Hakim, kisah 'ketegangan' antara Memey dan aktres Abby Abadi nampaknya terus diperkatakan.

Setelah dituduh sebagai perampas dan pemusnah rumahtangga, kali ini Memey dikatakan menjadi punca utama bekas isteri Norman itu menarik diri dari membintangi filem arahan Eddie Pak atau nama Islamnya, Mohd Aliff Najmi Abdullah berjudul Dimensi Cinta.

Meskipun tiada sebarang perjanjian dibuat, Abby kononnya telah dilamar untuk menjayakan filem usahasama Harian Inovatif Sdn Bhd (HISB) dengan kerjasama Syarikat Sunday To Sunday Services Sdn Bhd (STSS) tahun lalu, namun setelah pihak produksi turut menawarkan satu watak untuk Memey di dalam filem itu, ia dikatakan menjadi antara salah satu punca yang membuatkan Abby tawar hati untuk menjayakan filem tersebut.

"Saya dapat tahu tentang dia ingin tarik dari hanya menerusi akhbar saja. Malah, saya tahu tentang tawaran yang diberikan kepadanya itu juga hanya menerusi laporan pihak media.

"Jadi, saya memang tidak tahu mengapa dia menolak tawaran ini. Hanya pihak produksi saja yang mungkin tahu perkara sebenar. Sejujurnya, saya tiada masalah bekerja dengan sesiapa pun," ujar Memey yang ditemui pada majlis pelancaran filem tersebut di Bukit Kiara, hari ini.

Pengarah filem itu, Eddie juga menyangkal isu kononnya Abby menarik diri daripada filem itu gara-gara kehadiran Memey yang turut diundang berlakon di dalam filem tersebut.

"Kita sebenarnya belum ikat kontrak secara rasmi dengan Abby. Sebenarnya, pada peringkat awal dulu, memang pihak produksi ada menawarkannya menjayakan filem ini setelah dia hadir pada majlis pra-pelancaran filem ini tahun lalu.

"Kami ada ajak dia menghadiri 'casting', tetapi dia tidak datang. Jadi perkara itu hilang begitu saja, bukan disebabkan perkara lain," kata Eddie.

Menurut Memey, dia ditawarkan untuk turut membintangi filem ini pada November tahun lalu, namun ketika itu dia tidak memberikan sebarang kata putus memandangkan sedang berdepan dengan 'episod hitam' yang melanda dirinya.

"Waktu itu, saya memang 'senyap' seketika kerana kes tersebut. Tetapi setelah perkara itu beransur surut dan mereka pula tidak henti-henti menghubungi saya, itu yang membuatkan saya terima tawaran itu.

"Lagipun, inilah peluang untuk saya beraksi buat pertama kalinya di layar perak. Sudah lama saya nantikan peluang ini sebenarnya.

"Mungkin ada yang beranggapan saya dipilih kerana kontroversi itu, tetapi saya lebih suka melihat perkara ini dari sudut positif. Saya tidak mahu mempersoalkan tujuan sebenar mereka mengambil saya.

"Saya anggap ini adalah rezeki," kata pelakon kelahiran Kota Tinggi, Johor ini.

Filem berkonsepkan cinta dan muzik yang bakal memulakan penggambaran pada 23 Februari ini mengenengahkan Fahrin Ahmad dan Catriona Ross sebagai tunggak utama.

Selain Memey, turut sama menjayakan filem ini ialah Adam AF, Zarina AF, Eman Manan, Awie dan Scha.

Kata Memey, pada mulanya dia hanya ditawarkan sebagai artis jemputan di dalam filem tersebut. Namun, tuah nampaknya menyebelahi anak ketiga daripada enam beradik ini apabila dia kemudiannya ditawarkan untuk menjadi antara pelakon dalam filem ini.

Walaupun hanya sebagai watak pembantu, dia tidak mempunyai masalah tentang perkara itu apatah lagi bukan senang untuk mendapat tawaran sedemikian.

"Saya sebenarnya baru saja melihat skripnya sebentar tadi. Berdasarkan fahaman saya, watak yang akan saya bawakan ialah sebagai seorang remaja yang lemah-lembut, tetapi saya berkawan dengan penari 'shuffle'.

"Saya akui agak gementar juga sebenarnya kerana banyak yang perlu saya pelajari. Tetapi dengan sedikit pengalaman yang saya dapat menerusi drama, saya akan gunakan sebaik mungkin dalam filem nanti," kata pelakon berusia 20 tahun ini.

Secara ringkasnya, Dimensi Cinta merupakan kisah benar dan berkisar tentang Raja Soffhilea (Catriona) yang sering didera oleh bekas suaminya, Redhuan (Eman).

Soffhilea yang mempunyai tiga orang anak akhirnya bangkit dari kesengsaraan itu setelah bercerai dengan Redhuan dan berjaya membentuk empayar perniagaannya sendiri atas bantuan Imran (Fahrin).

Saya tidak lagi tertekan

Beralih kepada kisah peribadinya yang sememangnya sentiasa diburu ramai, sambil tersenyum Memey akui hidupnya kini tidak lagi tertekan berbanding dulu.

"Saya tidak mahu fikirkan sangat tentang hal-hal dulu. Alhamdulillah, ada hikmah sebenarnya atas apa yang berlaku. Tawaran berlakon makin banyak saya terima sehingga jadual saya menjadi semakin padat.

"Ketika ini saya sedang menjalani penggambaran drama bersiri Roda-Roda Kuala Lumpur. Selepas tamat dengan filem Dimensi Cinta ini, saya akan menjayakan sebuah drama bersiri untuk terbitan Astro pula," katanya.

Ditanya tentang hubungannya dengan Norman ketika ini, Memey akui dia dan Norman masih lagi mempunyai hubungan yang baik. Malah, aktor Gerak Khas itu disifatkan oleh Memey sebagai "lelaki yang paling rapat" dengannya sekarang ini.

"Saya tidak nafikan hal itu. Memang dia adalah lelaki yang paling rapat dengan saya sekarang. Dia banyak memberi panduan tentang dunia lakonan. Mengenai filem ini, saya juga ada minta pandangannya.

"Dia sentiasa menasihatkan saya agar buat yang terbaik dan pandai-pandailah menjaga diri," kata Memey yang juga tidak kisah untuk digandingkan bersama Norman untuk mana-mana sesi fotografi atau drama.

Ditanya tentang khabar angin yang mengatakan Memey sekali lagi membuat kunjungan ke rumah keluarga Norman di Kuantan baru-baru ini, Memey menangkis cerita tersebut.

"Tak adalah. Mungkin silap orang agaknya," katanya yang turut menafikan dirinya sudah merancang untuk berkahwin dengan Norman tidak lama lagi.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan