Preity dan Susan Sarandon bersaing untuk 'Anugerah Genie ke 24'

Diterbitkan: Rabu, 18 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TIDAK dapat dibayangkan bagaimana bangganya aktres Bollywood Preity Zinta apabila dia mendapat pencalonan bagi Anugerah Genie yang ke-24 untuk perwatakannya dalam filem Heaven on Earth, arahan Deepa Mehta, pengarah kelahiran India yang kini menetap di Canada.

Pencalonan Preity bagi kategori 'Aktres untuk Watak Utama' telah diumumkan oleh The Academy of Canadian Cinema and Television (ACCT).

Preity akan bersaing dengan aktres Hollywood lain seperti Susan Sarandon dan Ellen Burstyn yang masing-masing dicalonkan bagi kategori "Emotional Arithmetic" dan "The Stone Angel."

"Heaven on Earth" berkisar tentang isteri Punjabi yang didera di Canada, juga mendapat pencalonan untuk 'Lakonlayar Terbaik'. Pemenang akan diumumkan pada 4 April di Ottawa.

Kehebatan lakonan Preity tidak perlu dipertikaikan lagi setelah menunjukkan lakonan yang mengagumkan dalam 'The Last Lear.' Sekali lagi, Preity Zinta, membuktikan yang dia seorang pelakon yang bagus dalam filem 'Heaven on Earth.'

Apa yang membanggakan tentang pencalonan Preity ini ialah julung-julung kali aktres Bollywood mendapat pengiktirafan seperti ini.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan