Nabil tercalon dua kategori ABPBH2008

Diterbitkan: Rabu, 18 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SERI KEMBANGAN: Seperti yang dijangka, pelakon dan pelawak Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil terpilih sebagai antara lima finalis Anugerah Bintang Popular Bintang Harian (ABPBH) 2008 yang akan berlangsung pada 12 April ini di Arena of Stars, Genting Highlands.

Nabil, 26, dicalonkan untuk dua kategori iaitu Artis Komedi Lelaki Popular dan Artis Baru Lelaki Popular.

“Saya memang terperanjat dan tidak sangka apabila tercalon. Jadi, saya tak letakkan harapan yang tinggi untuk menang kerana masih baru di dalam industri ini.

“Saya rasa bersyukur apabila tercalon. Sekurang-kurangnya saya dapat berjumpa ramai orang dengan cepat dalam sekelip mata.

“Kalau menang, itu satu bonus kerana ia boleh memberi peluang untuk bekerja. Tetapi jika hanya ada nama tetapi tidak ada hasil pun nak buat apa.

“Bagi saya, anugerah ini adalah suatu bonus bagi mereka yang bekerja kuat,” kata Nabil ketika majlis pengumuman lima finalis ABPBH2008 di Palace of The Golden Horses, di sini, hari ini.

Selain juara Raja Lawak musim kedua itu, finalis lain yang dicalonkan untuk dua kategori adalah Fara Fauzana (Pengacara TV Wanita Popular dan Penyampai Radio Wanita Popular), Aznil Nawawi (Pengacara TV Lelaki Popular dan Penyampai Radio Lelaki Popular), Faizal Ismail (Pengacara TV Lelaki Popular dan Penyampai Radio Lelaki Popular), Saiful Apek (Artis Komedi Lelaki Popular dan Pelakon Filem Lelaki Popular).

Turut serta adalah AC Mizal (Pengacara TV Lelaki Popular dan Artis Komedi Lelaki Popular), Aiman (Artis Baru Lelaki Popular dan Penyanyi/ Artis Nasyid Popular), Stacy (Artis Baru Wanita Popular dan Penyanyi Wanita Popular), Nubhan (Artis Baru Lelaki Popular dan Penyanyi Lelaki Popular) dan Rosyam Nor (Pelakon Filem Lelaki Popular dan Pelakon TV Lelaki Popular).

Sebanyak 16 kategori yang dipertandingkan di dalam ABPBH2008 turut melibatkan artis popular tanah air lain seperti Datuk Siti Nurhaliza, Amy Search, Mawi, Meet Uncle Hussein, Jaclyn Victor, Erra Fazira, Liyana Jasmay dan ramai lagi.

Penganjuran ABPBH2008 keseluruhannya juga mendapat kerjasama daripada Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (PAIMM).

Antara penaja-penaja yang menjayakan malam anugerah itu adalah Genting Highlands Kota Keriangan sebagai lokasi rasmi, TV3 (penyiar TV rasmi), Hot FM (radio rasmi), dan Hotel Palace Of The Golden Horses (hotel rasmi sidang media ABPB 2008 yang turut menaja pakej penginapan mewah 3 hari 2 malam di Head of State Suite untuk pemenang Bintang Paling Popular ABPBH2008.

Sempena ABPBH2008, Peraduan Gemilang Bersama Bintang (GBB) turut dianjurkan di mana ia terbahagi kepada empat siri dan berlangsung selama empat minggu bermula 9 Mac hingga 5 April depan.

Pemenang setiap 16 kategori adalah berdasarkan undian yang diterima daripada peminat menerusi borang undian yang disiarkan dalam Berita Harian dan Berita Minggu.

Apa kata finalis yang tercalon

Abby Abadi (Pelakon TV Wanita Popular)

“Sebelum ini, saya sudah menang empat kali dalam anugerah ini. Apabila tersenarai lagi, alhamdulillah. Saya anggap pencalonan ini sebagai satu bonus. Terima kasih kepada peminat.”

Faizal Ismail (Pengacara TV Lelaki Popular dan Penyampai Radio Lelaki Popular)

“Sebelum ini, saya hanya tercalon untuk satu kategori sahaja iaitu Penyampai Radio Lelaki Popular. Jadi, apabila diberitahu yang saya turut dicalonkan untuk Pengacara TV Lelaki Popular kali ini, saya tersentak sekejap.

“Untuk menjadi seorang pengacara TV, cabarannya tinggi. Misalnya, kita tengok Pak Nil (Aznil Nawawi) yang masih bertahan sehingga sekarang selepas berpuluh tahun bergelar pengacara.

“Mungkin selepas tiga tahun saya mengacara program Muzik-Muzik, baru orang nampak bakat saya dalam bidang pengacaraan pula. Selain itu, saya juga mengacara Casa Impian. Jadi, saya memang terhutang budi dengan TV3 dan semua pihak.”

Rosyam Nor (Pelakon Filem Lelaki Popular dan Pelakon TV Lelaki Popular)

“Saya yang ‘lama’ ni kena fikirkan bagaimana hendak mengekalkan populariti. Jadi, sebagai produser, saya sudah menunjukkan kepada khalayak tentang produk yang telah saya hasilkan seperti drama Gelora Di Hati Sara, Rozana, telefilem Kudrat Iman dan sebuah lagi telefilem yang ditayangkan semasa Hari Raya.

“Bagi saya populariti ini memang penting bagi seseorang artis untuk menarik perhatian peminat dan penaja.

“Tetapi mengikut sejarah yang dulu, populariti akan kekal apabila diiringi dengan kerjaya yang baik.

“Pernah juga saya mendengar orang berbisik ‘Tak de muka lain ke?’. Jadi waktu itu saya merasakan seperti orang menyampah dengan saya. Apabila saya terasa ingin menarik diri daripada menyertai anugerah ini, pihak penganjur pula yang tidak benarkan.”

Fasha Sandha (Pelakon TV Wanita Popular)

“Memang saya bersyukur dan tidak sangka dengan pencalonan ini disebabkan sokongan peminat yang tidak putus sehingga sekarang.

“Walaupun media menyiarkan cerita baik atau buruk, mereka masih menyokong. Misalnya, ada peminat yang menghantar emel dengan memberi sokongan moral agar saya tabah di dalam industri ini.

“Saya melihat saingan yang sihat dalam pertandingan ini dan gembira apabila ada muka baru yang turut tercalon.

“Harapan saya memang ‘out of 100’ kerana di kalangan mereka hebat-hebat belaka seperti Rita Rudaini dan Dynas.

“Kalau boleh memang saya nak menang dan ia merupakan bonus buat saya.”

Liyana Jasmay (Pelakon Filem Wanita Popular)

“Saya berharap semoga mendapat peluang berlakon filem yang bagus lagi selepas ini.

“Memang ‘best’ apabila peminat sentiasa menyokong saya.

“Saya tak fikir peluang untuk menang itu tinggi. Alhamdulillah, dapat top 5 ini pun saya dah bersyukur sangat.

“Semua ini pun dengan usaha peminat dan media dari tahun lepas hingga sekarang. Saya memang bersyukur sangat kerana mendapat banyak liputan daripada media. Terima kasih semua.”

Juliana Evans (Pengacara TV Wanita Popular)

“Calon-calon lain mempunyai nama yang besar. Jadi, saya rasa peluang untuk menang tu agak tipis.

“Sama ada menang atau tidak, saya tak kisah. Saya jangka mungkin Fara Fauzana yang akan menang dalam kategori ini.”

Senarai lima finalis ABPBH2008

1) Pengacara TV Lelaki Popular

a) AC Mizal

b) Ally Iskandar

c) Aznil Nawawi

d) Faizal Ismail

e) Faizal Tahir

2) Pengacara TV Wanita Popular

a) Abby Fana

b) Cheryl Samad

c) Fara Fauzana

d) Juliana Evans

e) Nurul Alis

3) Penyampai Radio Lelaki Popular

a) AG

b) Aznil Nawawi

c) Faizal Ismail

d) Kieran

e) Khairil Rashid

4) Penyampai Radio Wanita Popular

a) Abby Fana

b) Fara Fauzana

c) Leya

d) Linda Onn

e) Nana

5) Artis Komedi Lelaki Popular

a) AC Mizal

b) Afdlin Shauki

c) Nabil

d) Saiful Apek

e) Zizan

6) Artis Komedi Wanita Popular

a) Amyza Aznan

b) Kenchana Dewi

c) Noorkhiriah

d) Ruminah Sidek

e) Sheila Mambo

7) Artis Baru Lelaki Popular

a) Aiman

b) Fizzow Omar’

c) Nabil

d) Nubhan

e) Riz

8) Artis Baru Wanita Popular

a) Ayu OIAM

b) Lisa Surihani

c) Sari Yanti

d) Scha

e) Stacy

9) Penyanyi/ Artis Nasyid Popular

a) Aiman

b) Akhil Hayy

c) Hijjaz

d) Rabbani

e) Raihan

10) Penyanyi Berkumpulan/ Duo Popular

a) Estranged

b) Fabulous Cats

c) Hujan

d) M. Nasir dan Malique

e) Meet Uncle Hussain

11) Penyanyi Lelaki Popular

a) Adam

b) Aizat

c) Amy Search

d) Mawi

e) Nubhan

12) Penyanyi Wanita Popular

a) Elyana

b) Jaclyn Victor

c) Mila

d) Siti Nurhaliza’

e) Stacy

13) Pelakon Filem Lelaki Popular

a) Farid Kamil

b) Que Haidar

c) Rosyam Nor

d) Rusdi Ramli

e) Saiful Apek

14) Pelakon Filem Wanita Popular

a) Erra Fazira

b) Liyana Jasmay

c) Maya Karin

d) Sharifah Amani

e) Vanidah Imran

15) Pelakon TV Lelaki Popular

a) Aaron Aziz

b) Aqasha

c) Ashraf Muslim

d) Fahrin Ahmad

e) Rosyam Nor

16) Pelakon TV Wanita Popular

a) Abby Abadi

b) Diana Danielle

c) Dynas

d) Fasha Sandha

e) Rita Rudaini

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan