Gabenor Maschusettes undang John Abraham buat pengambaran di Boston

Diterbitkan: Rabu, 18 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

John Abraham bersama kekasihnya Bipasha Basu.
John Abraham bersama kekasihnya Bipasha Basu.

GILIRAN bintang seksi Bollywood John Abraham pula mendapat undangan untuk merakamkan pengambaran filem barunya '1-800-Love' di Boston, menjadikannya filem Bollywood pertama mendapat penghormatan sedemikian.

Undangan itu datangnya dari Gabenor Maschusettes Deval Patrick, seorang Afrika-Amerika yang pertama dilantik ke jawatan.

"Saya menerima surat dari Deval Patrick mengundang kami membuat pengambaran sepenuhnya untuk filem '1-800-Love' di Boston.

"Belum pernah lagi sebuah produksi Bollywood mendapat undangan sebegini," kata produser filem Madhu (Ghajini) Mantena dengan bangganya.

Selain John dan Madhu, lain-lain penerbit seperti pengarah Abbas Tyrewala, DOP Manoj Lobo dan komposer A.R Rahman adalah rakan kongsi untuk produksi ini.

Kata Madhu,"Dalam dunia sekarang, semua yang berbakat ingin perlu diberi keuntungan sama rata untuk projek seperti ini. Ini saja caranya untuk membina kepercayaan antara satu sama lain. Jadi kami semua akan ke Boston sebagai rakan kongsi."

Jadi kesemua mereka akan ke Boston pada bulan Mei, Jun dan Julai 2009 untuk filem '1-800-Love', yang akan dibintangi oleh isteri Abbas Tyrewala, Pakhi dan John Abraham dalam filem cinta.

"Pengambaran di Boston akan memakan belanja yang besar. Dengan harga naik, saya pun takut juga....," jelas Madhu.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan