Obama beri anugerah khas kepada Stevie Wonder

Diterbitkan: Selasa, 17 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Penyanyi lagenda Stevie Wonder  ketawa bersama isterinya, Kai Milla Morris di Obama Home States Ball, ketika meraikan pelantikan Obama sebagai Presiden Amerika.
Penyanyi lagenda Stevie Wonder ketawa bersama isterinya, Kai Milla Morris di Obama Home States Ball, ketika meraikan pelantikan Obama sebagai Presiden Amerika.

PEMUZIK genius dan juga penyanyi lagenda kulit hitam, Stevie Wonder yang terkenal dengan lagu "I Just Called to Say I Love You" dan "You Are the Sunshine of My Life" akan menjadi penyanyi pertama diberi penghormatan oleh Presiden Amerika, Barack Obama pada 25 Februari ini.

Wonder yang telah memenangi Anugerah Grammy sebanyak 22 kali itu akan menghiburkan semua tetamu kehormat di White House pada 25 Februari ini dan sekali gus akan memenangi 'Gershwin Prize for Lifetime Achievement' dari the Library of Congress.

Wonder, yang mempunyai banyak hit popular, adalah antara penyanyi yang diundang khas ketika sambutan majlis perlantikan Obama baru-baru ini.

Ini merupakan satu penghormatan besar bagi mana-mana penyanyi. Wonder sangat dikagumi Obama dan pengiktirafan serupa ini sememangnya sudah diduga.

Sewaktu tengah hebat berkempen dulu, Obama telah menggunakan lagu-lagu klasik Wonder seperti "Signed, Sealed, Delivered", "I'm Yours" dan "Higher Ground" sebagai lagu tema.

Penyanyi berusia 59 tahun itu menjadi artis Motown Records ketika dia berusia 11 tahun dan albumnya sudah terjual sebanyak 70 juta album.

Malah, Obama yang sememangnya minat dengan muzik, telah menari sehingga awal pagi setelah diumumkan sebagai Presiden Amerika ke 44 pada 20 Januari lalu.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan