Nabila, Que sukar wujudkan bibit cinta

Diterbitkan: Selasa, 17 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nabila dan Que, bintang utama Cinta Untuk Ain
Nabila dan Que, bintang utama Cinta Untuk Ain

DUA pelakon hebat ini memang cukup sepadan bila digandingkan bersama. Perangai 'gila-gila' mereka membuatkan Que Haidar dan Nabila Huda akui tidak sukar untuk mencari keserasian antara mereka ketika berlakon.

Namun, apabila mereka digandingkan untuk drama bersiri 13 episod, Cinta Untuk Ain yang bakal menghiasi slot Lestary di TV3 bermula 24 Februari ini, kedua-duanya tidak menafikan wujud kesukaran untuk membawakan watak pasangan bercinta.

Masakan tidak, setiap kali bertemu di set penggambaran, masing-masing tidak henti-henti mengusik antara satu sama lain dan menjadikan suasana set cukup 'kecoh'.

Lantaran itu, adakalanya mereka perlu mengambil masa yang agak panjang untuk mengambil 'mood' bagi menghayati babak beremosi.

"Saya pernah berlakon cerita-cerita cinta, tetapi saya akui pada awalnya agak ragu-ragu juga untuk bawa karektor romantik dalam drama ini. Tambahan pula digandingkan dengan Nabila yang memang 'gila-gila' macam saya juga.

"Tetapi pengarah, Heykal Hanafiah dan Nabila sendiri banyak membantu. Malah, adakalanya seluruh krew tidak ketinggalan membantu kami. Memang 'happening' betul set ni!

"Disebabkan sikap 'spoting' semua yang terlibat, kami tidak ada masalah pun untuk bawakan watak kami. Rasa macam sekejap saja penggambaran yang kami jalankan walaupun memakan masa lebih sebulan," ujar pengantin baru, Que Haidar yang ditemui pada majlis ramah-mesra drama itu di Sri Pentas, semalam.

Nabila juga turut akui kesukaran untuk menghayati babak percintaan mereka pada awalnya, namun semua itu berjaya dilakukan dengan baik oleh anak rocker terkenal, Amy Search ini.

"Nasib baik watak Ain yang saya bawakan dalam drama ini tidak perlu tunjukkan sangat perasaan cinta itu. Que yang perlu banyak mendalami karektor Shahrul yang dipegangnya itu kerana dalam drama ini, dia perlu buat macam-macam untuk mencuri hati Ain.

"Cuma karektor masing-masing akan lebih mencabar selepas beberapa episod awal kerana kemudiannya akan timbul konflik dalam watak Ain," tutur Nabila.

Cinta Untuk Ain mengisahkan kehidupan Ain yang tidak seperti gadis remaja yang lain. Ibunya meninggal dunia sejak dia berusia 16 tahun dan dibesarkan oleh bapa tirinya, Kamal (Fauzi Nawawi).

Kamal seorang pemabuk dan kaki judi. Setelah kalah dalam perjudian dan tidak mempunyai wang untuk membayar hutang, Kamal menyerahkan Ain kepada Farid (Eizlan Yusof) yang kemudian merogolnya.

Kehidupan Ain bertambah sengsara apabila dia dijual di rumah pelacuran oleh Farid. Tekanan yang dilaluinya membuatkan Ain trauma dan jatuh sakit sehingga lupa tentang diri dan asal-usulnya.

Ain yang melarikan diri dari tempat tersebut telah dijaga oleh pasangan suami isteri sehingga dia berjaya dalam kerjayanya dan berkenalan dengan Shahrul yang sangat mencintainya.

Namun, konflik mula tercetus apabila keluarga baru Ain itu menceritakan apa yang telah berlaku kepadanya lima tahun lalu. Ain kecewa dan menyangka Shahrul tidak mampu menerima kisah silamnya. Lebih mengecewakan Ain ialah apabila dia mendapati bahawa Farid kini adalah suami kepada kakak Shahrul.

Berbicara tentang watak-wataknya kini yang lebih ke arah permainan emosi, kata Nabila, dia akui wataknya sudah pelbagai dan tidak lagi hanya tertumpu kepada watak gadis liar atau jahat saja.

"Selepas membintangi filem Bohsia tahun lalu, saya terfikir untuk cuba bawa watak yang lebih beremosi. Drama Laila Majnun baru-baru ini adalah sebuah drama yang menyaksikan saya membawakan watak 'simpati' yang lain dari yang lain.

"Begitu juga dengan Cinta Untuk Ain. Bukan bermaksud saya tidak mahu lagi bawa watak-watak antagonis, saya bukannya memilih karektor. Jika selepas ini ada yang menawarkan watak jahat lagi, saya tidak ada masalah untuk menerimanya," kata Nabila.

Jika Nabila akui teruja dengan watak Ain yang dianggap berbeza dengan karektor terdahulu, perkara yang sama turut dirasai oleh suami kepada koreografer Linda Jasmine ini.

Watak 'mat jiwang' yang dibawanya dalam drama bersiri tersebut memang cukup istimewa bagi diri Que.

"Karektor Shahrul adalah seorang yang ceria. Banyak sebenarnya adegan menarik, aksi-aksi 'comel' seperti bagaimana saya ingin 'tackle' Ain. Bagi saya, babak itu tidaklah 'over', memang kena dengan jalan ceritanya," kata Que.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan