My Starz LG: Empat peserta ke peringkat akhir

Diterbitkan: Selasa, 17 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Empat peserta yang bakal beraksi di peringkat akhir My Starz LG
Empat peserta yang bakal beraksi di peringkat akhir My Starz LG

HASRAT Mohamad Azri Abdullah untuk menempa nama ke konsert akhir terpadam apabila diumumkan tersingkir di konsert penentuan My Starz LG musim kedua Ahad lalu.

Ternyata persembahannya mendendangkan lagu medley Tercipta Untukku dan Aurora gagal mendapat tempat di hati juri dan undian SMS dari penonton ketika konsert yang ke -11 minggu terdahulu.

Namun bagi Azri, semangat yang kental dan minat yang mendalam terhadap bidang seni tidak akan dipandang sepi kerana dia yakin mampu untuk mengorak langkah di dalam industri muzik tanah air meskipun tidak berjaya menjejakkan kaki di peringkat akhir.

Manakala Wana melangkah selesa ke peringkat akhir apabila diumumkan mendapat persembahan terbaik ketika konsert minggu ke -11. Bagi Cassie dan Nashrin persembahan yang memukau dan lontaran suara yang baik merupakan kelebihan mereka untuk layak berjuang bersama-sama Wana merebut gelaran juara.

Hairi yang mendapat kedudukan dua yang terakhir mendapat tepukan gemuruh daripada penonton di auditorium MBSA apabila berjaya diumumkan turut mara ke peringkat akhir.

Namun, mereka perlu terus tingkatkan usaha kerana hanya seorang daripada mereka bakal dijulang sebagai juara di kemuncak akhir konsert gemilang My Starz LG di mana mereka akan diadili oleh juri tetap Hattan, Liza Hanim dan Ajai sebagai juri jemputan.

My Starz LG Grand Final akan diadakan pada hari Ahad, 22 Februari 2009 disiarkan secara langsung dari Dewan Merdeka, Putra World Trade Centre (PWTC) menerusi siaran TV3 pada jam 9.00 malam.

Semestinya finalis yang bakal beraksi di konsert akhir tersebut akan memberikan persembahan terbaik untuk menarik perhatian juri dan sms daripada penonton.

Finalis akan menyanyikan dua buah lagu iaitu lagu medley secara solo dengan genre pilihan masing-masing dan berduet bersama penyanyi tanah air pilihan masing-masing. Wana akan berduet bersama Jamal Abdillah, Cassie bersama Sarah Raisuddin, Nashrin bersama Misha Omar manakala Hairi yang serasi dengan genre rock memilih Fiq sebagai pasangannya ketika Grand Final itu nanti.

Selain berhibur dengan kerancakan finalis My Starz LG mendominasi pentas, penonton turut berkesempatan melihat persembahan penuh tenaga dari Mawi, juara persembahan terbaik AJL 23, Faizal Tahir dan kemunculan istimewa penyanyi popular dari seberang, Rossa.

Format pemarkahan untuk Konsert My Starz LG Grand Final musim kedua terhasil daripada keputusan juri (70% markah) manakala selebihnya diputuskan oleh penonton melalui SMS.

Juara My Starz LG akan membawa pulang wang tunai RM 100,000, keperluan rumah tajaan LG iaitu LCD TV (42’ LG 80 LCD), dan kontrak rakaman bersama label rekod ternama, Warner Music Malaysia.

Tempat kedua bakal memenangi barangan LG, LCD TV (32’ LG 80 LCD), tempat ketiga mendapat penghawa dingin (Art Cool) manakala tempat keempat berjaya mendapatkan telefon bimbit (Renoir LG).

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan