Minta perkenan Queen Elizabeth untuk watak Willis Simpson

Diterbitkan: Selasa, 17 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Diva pop Madonna bersetuju melakonkan watak Simpson kerana jalan cerita yang menarik.
Diva pop Madonna bersetuju melakonkan watak Simpson kerana jalan cerita yang menarik.

DIVA pop Madonna tidak habis-habis dengan 'stunt' publisitinya. Minggu sudah, heboh kisah 'hangat'nya bersama anak ikan terbaru, model Brazil Jesus Luv dalam pose erotik.

Minggu ini, Madonna dikhabarkan bersetuju untuk berlakon dalam filem baru, tentang Wallis Simpson. Simpson adalah orang kebanyakan dan janda dari Amerika yang berkahwin dengan Raja Edward VIII.

Cinta hebat Simpson dan Raja Edward VIII menjadi satu bahan sejarah yang menarik kerana Raja Edward VIII sanggup turun takhta kerana Wallis.

Madonna bersetuju melakonkan watak Simpson kerana jalan cerita yang menarik. Malah, sebagai persiapan, Madonna telahpun mengumpul semua keratan tentang Simpson dan disimpan rapi sebagai rujukan di perpustakaan kediamannya di London.

Penyanyi kontroversi ini turut menulis surat kepada Ratu Elizabeth, meminta perkenan baginda kerana Ratu England itu adalah anak saudara kepada Raja Edward VIII.

Madonna telah memikirkan projek barunya ini agak lama tetapi peceraiannya dengan bekas suami, Guy Ritchie menyebabkan dia tolak tepi dahulu tawaran filem ini.

Teman Madonna berkata, "Madonna sangat teruja dengan filem Wallis Simpson ini dan menganggap projek ini yang terbesar buatnya.

"Dia begitu mengagumi watak Simpson dan tak sabar untuk melakonkan watak itu sama seperti ketika dia berlakon dalam watak Eva Peron dalam 'Evita' dulu," kata teman itu.

Madonna sendiri kagum dengan personaliti Simpson.

"Seorang wanita kebanyakan yang mempunyai pengaruh yang begitu kuat ke atas seorang Raja dan Raja pula sanggup buang darjat dan takhta untuk menurut kemahuan kekasihnya, yang juga isteri orang.

"Kisah cinta ini merupakan salah satu skandal yang hebat dan diperkatakan sejak berkurun lamanya," kata teman Madonna itu.

Ketika memberi komen tentang kisah cinta Madonna dengan Jesus Luz pula, kawannya berkata, "Semuanya itu hanya sebuah publisiti. Ia sungguh klasik - seorang artis yang yang senior tetapi masih boleh menawan hati seorang model yang muda berusia 22 tahun. Jesus juga beruntung kerana dikaitkan dengan Madonna. Jadi semua orang 'untung' dengan gosip ini."

Bila Guy melihat foto intim Madonna dan Jesus, dia hanya ketawa. Bagi Guy, semua ini hanya satu publisiti.

"Membawa Jesus ke Kaballah adalah salah satu cara Madonna kerana beliau sudah biasa membawa kekasih-kekasihnya balik ke pangkal jalan...ke agama. Itulah cara Madonna. Dia suka diberi perhatian. Orang ingat dia sudah jemu dengan permainan serupa ini tetapi rupa-rupanya tidak."

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan