Akshay sanggup simpan janggut hayati watak Sardarji

Diterbitkan: Selasa, 17 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Akshay tidak mahu lagi mengambil risiko untuk filem barunya yang bertajuk 'Kamagata Maru.'
Akshay tidak mahu lagi mengambil risiko untuk filem barunya yang bertajuk 'Kamagata Maru.'

AKTOR Akshay Kumar tidak mahu mengambil apa-apa risiko lagi setelah filemnya 'Chandni Chowk To China' membangkitkan kemarahan penduduk Nepal kerana kesilapan fakta dalam filem.

Filem itu dipulaukan oleh orang-orang Nepal disebabkan dialog 'Buddha dilahirkan di India'. Walaupun kesilapan itu nampak kecil saja tapi sudah cukup membangkitkan kemarahan penganut agama Buddha yang membuat protes di merata jalan di negara itu.

Untuk filem 'Singh Is King' pula, Akshay telah dikritik kerana tidak menyimpan janggutnya.

Jadi untuk projek terbarunya, Akshay amat berhati-hati sekali untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Semua kesilapan itu dipandang berat oleh Akshay. Untuk menebus kesilapannya, Akshay tidak mahu lagi mengambil risiko untuk filem barunya yang bertajuk 'Kamagata Maru.'

Dalam filem ini, Akshay akan membawa watak seorang Singh bernama Sardarji yang belayar dalam sebuah kapal yang bernama Kamagata Maru dari Hong Kong ke Vancouver pada tahun 1914.

Untuk menghayati watak ini, Akshay akan menyimpan janggutnya seperti yang selalu dibuat oleh komuniti Sikh.

Pengarah Deepa amat kagum dengan dedikasi yang ditunjukkan.

"Akshay mengagumkan. Setelah melihatnya berlakon Sardar dalam 'Singh Is Kinng', saya semakin berminat untuk mendapatkannya bagi filem 'Kamagata Maru'.

"Mujurlah dia pun menunjukkan minat yang sama sampai sanggup menyimpan janggut. Malah dia yang suruh saya menginjakkan tarikh pengambaran bagi membolehkannya berlakon dalam filem ini," kata Deepa.

Deepa juga turut memuji ketampanan Akshay yang menurutnya berwajah iras Panju-Sardar.

Filem ini akan diterbitkan bersama oleh Akshay dan kawan Deepak, David Hamilton. Penggambaran dijangka bermula pada bulan januari tahun depan.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan