Jenazah bapa Siti Nurhaliza selamat disemadikan

Diterbitkan: Isnin, 16 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Siti Nurhaliza (kiri) memberi penghormatan terakhir kepada bapanya Allahyarham Tarudin Ismail sebelum solat jenazah di Bukit Antarabangsa di sini, semalam - foto oleh BERNAMA
Siti Nurhaliza (kiri) memberi penghormatan terakhir kepada bapanya Allahyarham Tarudin Ismail sebelum solat jenazah di Bukit Antarabangsa di sini, semalam - foto oleh BERNAMA

[SEMASA] KUALA LIPIS: Jenazah Allahyarham Tarudin Ismail, bapa kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tempoyang, di sini, petang semalam.

Jenazah Allayarham Tarudin, 67, tiba dari Kuala Lumpur kira-kira 6.50 petang dan disembahyang di Masjid Kampung Tempoyang, sebelum dikebumikan kira-kira 7.10 petang.

Turut hadir Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk Khalid Mohd Jiwa, kaum keluarga serta penduduk kawasan berkenaan.

Tarudin meninggal dunia kira-kira pukul 11.50 pagi semalam akibat serangan jantung.

Beliau yang dimasukkan ke Hospital Ampang Puteri sejak empat hari lalu turut menghidapi penyakit buah pinggang dan kencing manis.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Siti Salmah Bachik dan tujuh orang anak.

Menurut kakak ipar Siti, Rozi Abdul Razak, kematian Tarudin disebabkan oleh kompilasi jantung setelah menjalani pembedahan by-pass.

Tambah Rozi, sebelum memasuki bilik pembedahan, arwah sempat menitipkan kata-kata terakhir buat anak dan isterinya.

"Tiga hari lepas sebelum masuk bilik pembedahan Siti sudah menangis, namun arwah memujuk Siti supaya jangan menangis sebab katanya 'abah bukan nak mati lagi'.

"Selepas itu arwah pegang pula tangan isterinya dan kata 'lepas ini mak dah tak ada kawan'," kata Rozi.

Malah jelasnya arwah Tarudin sempat bergurau dengan suaminya, Saiful Bahari atau lebih dikenali sebagai Ayie.

"Arwah cakap pada suami saya, 'abang Ayie, nanti abang dah tak ada kawan untuk pergi memancing' sebab mereka selalu pergi memancing berdua," katanya.

Rozi berkata bagaimanapun semasa arwah dibawa masuk ke bilik pembedahan, semua ahli keluarga sudah redha dengan apa yang akan berlaku.

"Doktor juga dah minta kami supaya bersedia jika apa-apa berlaku.

"Jadi sewaktu arwah meninggal, isteri dan semua anak-anak ada bersama dengannya," kata Rozi lagi.

Ditanya tentang keadaan Siti, Rozi berkata adik iparnya itu sememangnya cukup sedih dengan pemergian ayah tercinta.

"Dari pagi tadi dia memang gagal menahan emosi apatah lagi Siti memang rapat dengan arwah.

"Tapi Siti tetap bersama-sama dengan ahli keluarga yang lain untuk bantu uruskan jenazah," kata Rozi.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan