Interpretasi Vee untuk watak Siti Khadijah

Diterbitkan: Isnin, 16 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Vee akan membawa watak Siti Khadijah dalam teater muzikal Sirah Junjungan-Tahajud Cinta yang bakal dipentaskan pada 9 hingga 22Mac ini di Istana Budaya, bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul.
Vee akan membawa watak Siti Khadijah dalam teater muzikal Sirah Junjungan-Tahajud Cinta yang bakal dipentaskan pada 9 hingga 22Mac ini di Istana Budaya, bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul.

NAMA aktres Vanida Imran terletak sebaris dengan pelakon berkaliber yang lain, bakat lakonan anak jati kelahiran Pulau Mutiara ini memang tidak perlu dipertikaikan lagi hingga berjaya menggengam trofi Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-20 (FFM 20) satu ketika dahulu.

Tidak terbuai dek kejayaan lalu, Vanida yang lebih dikenali dengan panggilan Vee mengatur langkah ke bidang teater kerana baginya teater memberi kepuasan yang berbeza berbading berlakon drama mahupun filem.

Terbaru Vee akan membawa watak Siti Khadijah dalam teater muzikal Sirah Junjungan-Tahajud Cinta yang bakal dipentaskan pada 9 hingga 22Mac ini di Istana Budaya, bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul.

Bawa watak Siti Khadijah memang berat dan satu cabaran kepada Vee. Biarpun Vee hanya berlakon dibelakang tabir kerana watak Siti Khadijah tidak boleh dijelmakan, intonasi suara Vee perlu hidup agar dialog yang diperkatakan sampai kepada penonton.

"Untuk mendapatkan intonasi wanita yang berusia 40 tahun bukan mudah kerana Vee sendiri perlu berlatih dan mencari intonasi yang sesuai itu.

"Tahun lalu Norish Karman yang bawakan watak ini, tapi Kak Erma tak benarkan Vee tengok gaya lakonan Norish kerana tak mahu Vee terikut-ikut gaya lakonan dia.

"Kak Erma mahu Vee tampil dengan gaya sendiri. Dia mahu Vee lihat interpretasi Vee dalam membawakan watak Siti Khadijah yang juga isteri kepada Rasulullah SAW.

"Walaupun hanya dua babak, watak Siti Khadijah memainkan peranan besar dalam penyebaran agama Islam.

"Vee perlu melakonkan watak itu tanpa rasa khuatir kerana pementasan ini mengenai sejarah Islam, untuk mengenalkan agama suci ini kepada mereka yang ingin mendekatinya.

"Ia bukan kerana wang, juga bukan untuk mencari keseronokan selepas lama tidak berlakon pentas tetapi saya melakukannya sebagai hadiah dan penghargaan terhadap Rasulullah sempena hari keputeraannya," katanya yang ditemui selepas sidang media pelancaran Teater Sirah Junjungan musim kedua baru-baru ini.

Ditanya mengenai watak yang teringin dilakonkannya selama bergelar anak seni, Vee berkata jika diberi peluang dia ingin membawakan watak Anissa dalam filem terkenal dari seberang, Ayat-ayat Cinta.

"Bagi saya filem itu betul-betul punya nilai estetika yang tinggi dalam sesebuah karya seni. Nilai-nilai yang dipaparkan dalam filem itu sarat dengan konflik agama dan kemanusiaan. Satu yang agak payah untuk kita cari dalam filem tempatan di negara ini," ujar Vee yang juga isteri kepada aktor Rashidi Ishak.

Jelasnya sudah tiba masanya karyawan di negara ini menerbitkan filem bercirikan Islamik daripada genre-genre yang lain. Ibu kepada dua cahaya mata ini pada masa yang sama, memuji semangat kental yang ditunjukkan oleh pengarah tersohor Erma Fatima tetap mementaskan teater ini biarpun berhadapan dengan masalah kewangan.

"Saya betul-betul bangga dan menghormati Kak Erma kerana dia tetap meneruskan teater ini walau apa jua cabaran yang mendatang.

Karya Islamik terutamanya kisah sirah Nabi Muhammad ini perlu dipentaskan untuk mendidik masyarakat tentang perjuangan menyebarkan syiar Islam," ujar pelakon yang pernah membintangi filem The Red Kebaya.

Jelas Vee lagi, ketika dia mendapat tawaran berlakon teater ini dia tidak pernah fikir soal bayaran kerana memang ketika dia mendapat skrip dia betul-betul teruja ketika mendapat watak Siti Khadijah.

"Soal bayaran memang Vee letak ketepi, kerana Vee betul-betul terpaut dengan watak yang diberikan dan kerana nak berlakon teater ini Vee sanggup tolak beberapa tawaran berlakon drama dan filem.

"Vee tak kisah asalkan Vee dapat kepuasan dalam melakukan sesuatu," ujarnya yang akan sibuk membuat latihan untuk watak dalam teater Sirah Junjungan bermula penghujung bulan ini.

Selain Vee, teater Sirah Junjugan dibintangi oleh pelakon tersohor seperti Datuk Rahim Razali, Ahmad Yatim dan Rebecca Nur Islam dan ramai lagi.

Anak-anak jadi keutamaan

Menceritakan mengenai kisah rumah tangganya bersama Shidi, nyata pasangan bahagia ini sedang ligat membesarkan dua permata hati yang sedang meniti alam persekolahan.

Dua permata hati Vee, Mikail Aimran, 8 dan Maryam Rashika 5 semakin keletah dan nakal seiring dengan usia mereka.

Namun bagi Vee dia tetap mementingkan pelajaran anak biarpun dia dan suaminya sibuk berlakon.

"Bila Abg Shidi sibuk berlakon, Vee akan duduk dirumah dan tengok anak-anak. Macam itulah bila Vee berlakon Abg Shidi pula duduk rumah tengok anak-anak. Kami akan bergilir-gilir.

"Bagi Vee, anak-anak perlu diberikan perhatian yang cukup supaya mereka tidak terjebak dengan perkara-perkara yang tidak baik," ujarnya.

Bagai belangkas

Melihat dia dan suaminya bergandingan ke mana saja, berdua banyak mata yang cemburu. Mahu tidaknya, pada usia perkahwinan yang sudah mencecah sembilan tahun Vanida dan Shidi masih seperti belangkas.

Sampaikan untuk membeli sehelai baju pun, dia tidak tergamak jika tanpa persetujuan suaminya itu.

"Vee hanya akan beli kalau Shidi kata, "Cantik baju ni sayang. Belilah." Sukar untuk Vee buat pilihan sendiri tanpa dia di sisi,”ceritanya.

Di mana ada Vanida, di situ ada suami menemani. Begitu juga sebaliknya. Gerak langkah bagaikan tidak lengkap tanpa salah seorang di sisi.

Ketika banyak pasangan artis lain sukar mengelak badai rumah tangga, pasangan ini tenang-tenang saja. Sembilan tahun yang dilalui, tidak pernah terhimpit sebarang kontroversi besar.

Bahagia dengan cara mereka. Tidak begitu kaya, tidak sesusah mana. Tetapi cinta menjadikan mereka sentiasa berasa kaya di jiwa.

"Selepas kahwin Vee akui baru benar-benar memahami erti cinta. Justeru sampai ke hari ini kami masih merasakan cinta yang membara antara satu sama lain, walaupun anak sudah dua," katanya dengan tawa kecil.

Bohonglah kalau dikatakan pasangan ini tidak pernah berhadapan dengan masalah dalam pengurusan rumah tangga mereka.

Cabaran dan dugaan datang bersilih ganti, tetapi diri seorang isteri atau suami yang perlu kuat menahan segala cabaran yang jika tidak ditentang akan mencipta kemalapan hidup berumahtangga.

Petua Vanida senang saja, ekspresi rasa cinta dan sayang kepada pasangan dan selalulah ingat bahawa hidup ini terlalu singkat untuk memikirkan hal-hal yang boleh membawa kepada kemusnahan.

"Vee selalu ambil jalan berfikir dengan mudah. Hidup hanya sekali dan kita tidak harus sia-siakan. Tak ada gunanya fikir perkara buruk sebab kita sendiri pun bukan manusia sempurna," katanya mengakhiri perbualan.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan