'Hujah' bersama Mukhriz, Khir Toyo dan KJ 'live' di TV9 malam esok

Diterbitkan: Isnin, 16 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Hujah mengundang Dato’ Mukhriz Tun Mahathir anak bekas Perdana Menteri Malaysia Keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang merupakan Ahli Parlimen Jerlun dan juga exco Pemuda UMNO.
Hujah mengundang Dato’ Mukhriz Tun Mahathir anak bekas Perdana Menteri Malaysia Keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang merupakan Ahli Parlimen Jerlun dan juga exco Pemuda UMNO.

PROGRAM bual bicara, Hujah, yang semakin diminati di TV9 sentiasa membawakan perkembangan terkini mengenai politik, ekonomi, sosial dan isu-isu semasa yang dekat di hati penonton di Malaysia.

Tidak seperti program bual bicara yang lain, Hujah menggunakan pendekatan yang agak serius dalam membicarakan isu-isu tersebut kerana ia cuba memberi pelbagai gambaran dan perpektif mengenai sesuatu subjek yang boleh memberi ilmu dan maklumat kepada penonton.

Rancangan ini disiarkan setiap Selasa jam 9.30 malam dan mempunyai pengikutnya yang tersendiri.

Terbaru, Hujah akan bersiaran secara langsung dari Dewan Bahasa dan Pustaka bagi mendengar wawasan tiga tokoh politik mengenai isu sosial, politik dan ekonomi semasa.

Di samping itu, Hujah mengambil peluang bagi mengetahui apakah hala tuju dan masa hadapan UMNO serta nasib bangsa kita pada masa akan datang. Tajuk kupasan ini yang berkait rapat dengan isu masa kini pastinya memberi lebih banyak informasi terkini kepada penonton.

Bagi mengulas lanjut tajuk yang menjadi perhatian umum ini, Hujah menjemput tiga tokoh politik yang telah diketahui ramai kebolehan dan kepetahan mengutarakan pendapat mereka.

Mereka adalah Dato’ Mukhriz Tun Mahathir anak bekas Perdana Menteri Malaysia Keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang merupakan Ahli Parlimen Jerlun dan juga exco Pemuda UMNO.

Manakala tokoh kedua adalah Bekas Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Dr. Mohamad Khir Bin Toyo untuk turut serta menyumbang pendapat tentang tajuk yang dibicarakan ini.

Seterusnya, Hujah turut menjemput Khairy Jamaluddin yang merupakan Naib Ketua Pemuda UMNO yang juga Ahli Parlimen Rembau.

Seperti biasa, Hujah akan dipengerusikan oleh Dr. Mohammad Agus Yusoff yang menjawat jawatan Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Sejarah, Politik, dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Keberanian dan kelantangan beliau mengemukakan soalan-soalan cepu emas secara provokatif kepada panel-panel Hujah sebelum ini memang menarik perhatian penonton. Sebab itu juga Dr Agus begitu sinonim dengan Hujah.

Oleh itu, bagi mengetahui kupasan selanjutnya mengenai tajuk pada minggu ini, teruskan menonton TV9 pada 17 Febuari, 2009, Selasa, jam 9.30 malam dibawakan khas secara langsung dari Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka oleh TV9, stesen Dekat di Hati lagi padat berinformasi.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan