‘Nostalgia Nada Murni’ kekalkan elemen nostalgia Rabbani

Diterbitkan: Ahad, 15 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rabbani melancarkan album ‘Nostalgia Nada Murni’ baru-baru ini di Restoran Cheng Ho milik penyanyi Amy Search. -foto The Star oleh AZMAN GHANI
Rabbani melancarkan album ‘Nostalgia Nada Murni’ baru-baru ini di Restoran Cheng Ho milik penyanyi Amy Search. -foto The Star oleh AZMAN GHANI

SEJAK awal penubuhan lagi, kumpulan nasyid popular, Rabbani membulatkan niat di dalam hati untuk memanfaatkan pentas hiburan sebagai landasan menyebarkan mesej keislaman.

Bagi mengimbas kembali nostalgia era nasyid dahulu, Inteam Records Sdn Bhd dengan kerjasama Rabbani Productions (M) Sdn. Bhd. telah berganding bahu menghasilkan sebuah album istimewa berjudul ‘Nostalgia Nada Murni’.

Menurut Ustaz Asri Ibrahim yang juga vokalis kumpulan nasyid kontemporari ini, album tersebut merupakan hadiah kepada peminat irama nasyid yang telah lama menyokong perjuangan Rabbani sejak bermula dengan nama ‘Nada Murni’lagi.

"Biarpun dirakamkan semula album ini tetap mengekalkan elemen nostalgia, bahkan susunan muziknya juga ringkas dengan tumpuan lebih kepada permainan perkusi.

"Begitu juga dengan penghayatan, kami tidak mengubahnya hanya kerana mahu memenuhi kehendak khalayak semasa. Elemen nostalgia ini memberi sesuatu yang berbeza untuk album terbaru Rabbani," katanya pada sidang media pelancaran album Nostalgia Nada Murni di Restoran Cheng Ho, baru-baru ini.

Bagi peminat nasyid pasti ramai yang sudah terkesan dengan alunan nasyid kumpulan ini pasti tidak sabar menantikan kemunculan irama nasyid yang dibawa oleh ‘Nada Murni’sejak tahun 1987 lagi.

Sebanyak 10 buah lagu dalam album ‘Nada Murni’ yang terdahulu telah dirakamkan kembali dan dinyanyikan semula oleh kumpulan Rabbani.

Antara lagu-lagu yang dimutkan dalam album ini adalah Bila Nur Melimpah Di Hati, Ibu Mithali, Al-Hijrah (feat Ustaz Amal), Sunnah Berjuang, Sifat 20, Nun Di Sana, Indahnya Hidup Bersama Ilahi, Mana Milik Kita, Jasa Petani dan Ayuu Zikran (feat Ustaz Amal).

Album Nostalgia Nada Murni terbitan Inteam Records Sdn Bhd dan edaran Warner Music (M) San Bhd ini sudah berada di pasaran sejak 30 Disember lalu. Dapatkannya segera di pasaran dalam bentuk CD pada harga RM24.90.

Rabbani dianggotai oleh Ustaz Asri Ibrahim bertindak sebagai vokalis, Azadan Abdul Aziz. Kumpulan yang mempunyai 17 album sepanjang karier mereka itu turut diperkuatkan Mohd Asri Ubaidullah, Ahmad Shafie (Rahmat), Muhammad Loqman Abdul Aziz, Mohd Rithauddeen Yaakob, Zulkiflee Azman, Nazrul Azhar Tumari dan Mohamad Afandi Shahbudin.

Konsert Sinar Maulidurrasul 1430H

Semasa pelancaran album ‘Nostalgia Nada Murni’, Rabbani turut mengumumkan mengenai penganjuran Konsert Malam Sinar Maulidurrasul 1430H(MSM 1430H) pada 28 Februari ini di Stadium Malawati, Shah Alam.

Ini kali kedua konsert tersebut diadakan selepas ia diadakan kali terakhir pada tahun 2007 yang lalu.

Konsert itu tidak dapat diadakan pada tahun lalu akibat ketiadaan penaja. Rabbani sendiri mengakui mereka terpaksa menggunakan wang syarikat hampir RM100,000 ketika mengadakan konsert sulung Malam Maulidurrasul pada tahun 2007 gara-gara penaja menarik diri disaat-saat akhir.

“Kami belajar dari kesilapan lalu. Masa mengadakan konsert sulung kami terpasa keluarkan perbelanjaan sendiri. Cuma yang menyedihkan syarikat yang menarik diri itu sebuah syarikat yang dimiliki oleh orang Melayu.

“Alasan yang diberikan konsert kami tidak memberi sumbangan kepada syarikatnya,” kata Azadan yang juga jurucakap kepada Rabbani dalam nada kecewa.

Menurut Ustaz Asri, Rabbani Productions (M) Sdn. Bhd. sekali lagi merasa terpanggil untuk menganjurkan konsert tersebut sebagai satu medium dakwah melalui muzik untuk mengajak masyarakat ke arah memperingati dan menginsafi peristiwa kelahiran Rasulullah SAW serta sirah perjuangannya di muka bumi ini.

“Konsert MSM 1430H ini berkonsepkan ‘edutaiment’ atau hiburan yang diselitkan dengan unsur-unsur pendidikam rohani selaras dengan motto utama Rabbani iaitu ‘Hiburan Mendidik Nurani’.

“MSM kali ini akan dipersembahkan secara ‘non-stop entertainment’ dari artis-artis yang terlibat. Lima elemen utama dalam persembahan kali ini ialah nyanyian, qasidah, tazkirah, pentorama dan persembahan multimedia,” ujar anak kelahiran Klang, Selangor ini.

Konsert Malam Sinar Maulidurrasul 1430H ini bakal menampilkan artis-artis popular seperti kumpulan Rabbani sendiri, Datuk Siti Nurhaliza, Amy Search, Mawi, Ustaz Akil Hayy dan Datuk Siti Nur Bahyah antara barisan artis yang bakal menjayakan konsert tersebut.

Buat julung kalinya, kumpulan Rabbani juga akan mencipta sejarah dengan tampil berduet dengan Datuk Siti Nurhaliza.

Diminta bercerita lebih lanjut mengenai konsert tersebut, Azadan berkata:

“Pihak RPSB merasa amat bertuah kerana Telekom Malaysia atau TM telah berbesar hati menjadi penaja utama program yang amat bermakna ini. Manakala stesen telvisyen swasta nombor satu negara, TV3 buat kali keduanya akan menjadi penyiar rasmi konsert kali ini.

“Pada malam itu nanti akan diadakan majlis penyerahan Tabung TV3 Bersamamu. Selain konsert, RPSB dan TM akan mengadakan karnival di perkarangan stadium.

“TM akan mempromosikan pelbagai produk mereka dan perkhidmatan kad prabayar, i-talk, Streamyx Combo, Pakej Let’’s Talk dan juga DEL. Gerai-gerai jualan ini akan dibuka mulai jam 10 pagi hingga 7 malam.”

Tambah Azadan lagi, kumpulan Rabbani dan warga RPSB, pihak TM serta TV3 berharap konsert ini berjaya mencapai objektifnya.

“Setinggi harapan kita sama-sama dapat merasai akan kecintaan terhadap junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW dan mudah-mudahan kita semua akan mendapat syafaatnya di akhirat kelak,” katanya.

Bagi peminat yang ingin menyaksikan konsert tersebut boleh berbuat demikian dengan membeli kad i-talk edisi khas Konsert MSM 1430H pada harga RM10, RM30 dan RM50.

Kad i-talk ini berperanan sebagai tiket masuk ke konsert ini. Orang ramai boleh mendapatkan kad tersebut di booth i-talk atau mendapatkannya di 12 lokasi TM di Kajang, Serdang, Padnan Indah, Ampang, Kepong, Rawang, Damansara Utama, Shah Alam, Menara TM, Setapak dan Muzium Jalan Raja Chulan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Rabbani Productions (M) Sdn Bhd di talian 03-62721225 atau layari laman web www.rabbani.com.my.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan