Hari kekasih satukan Linda-Que

Diterbitkan: Ahad, 15 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

HARI BAHAGIA... Que memberikan kucupan kepada Linda selepas selamat dinikahkan.
HARI BAHAGIA... Que memberikan kucupan kepada Linda selepas selamat dinikahkan.

[SEMASA] AMPANG: Hari kekasih semestinya amat bermakna buat mana-mana pasangan bercinta terutamanya bagi pasangan pengantin baru Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar atau Que Haidar, 30 dan Linda Jasmine Hashim, 37 yang diijabkabulkan semalam.

Dengan dua kali lafaz Que telah sah dinikahkan dengan linda oleh jurunikah masjid kawasan Ampang Abu Sapian Jasin berwalikan bapa Linda, Datuk Murad Hashim di Bora Ombak di sini kira-kira pukul 5.45 petang semalam.

Que memberikan hantaran berupa mas kahwin sebanyak RM1101, sebentuk cincin dan senaskah al-Quran kepada Linda.

Sementara linda cantik seperti 'ratu' dalam busana putih rekaan Datin Sharifah Kirana membalas dengan sebentuk cincin.

Que juga segak berbaju Melayu bewarna sedondon dengan pengantin perempuan yang direka oleh pereka yang sama.

Antara mereka yang hadir adalah ibu bapa Linda, Datuk Murad Hashim dan Datin Kay Hashim, ibu Que, Rahmah Hussein, Ketua Biro (Utara) Star Publications (M) Bhd yang juga bapa saudara Linda, Datuk Seri Kamal Hashim, sepupu Linda merangkap perunding perkahwinan, penyanyi Jeslina Hashim, rakan artis seperti pelakon Awal Ashaari dan Shasha Bashir.

Majlis resepsi pihak pengantin lelaki akan berlangsung pada 15 Mac depan di dewan orang ramai Felda Taib Andak, Kulai, Johor dengan tema diraja.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan