Halle Berry botakkan kepala untuk menghayati watak

Diterbitkan: Ahad, 15 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Berry tidak kisah jika terpaksa menggondolkan kepala kerana yang penting dia mahu memastika karier lakonannya berjalan terus.
Berry tidak kisah jika terpaksa menggondolkan kepala kerana yang penting dia mahu memastika karier lakonannya berjalan terus.

AKTRES Hollywood akan mengikut jejak Demi Moore untuk membotakkan kepalanya bagi watak dalam filem terbaru "Nappily Ever After."

Pelakon yang pernah membintangi filem "Monster's Ball" ini terpaksa mengorbankan rambutnya yang ikal itu bagi memberi penghayatan untuk filem terbarunya.

Berry tidak kisah jika terpaksa menggondolkan kepala kerana yang penting dia mahu memastika karier lakonannya berjalan terus.

"Saya akan botakkan kepala. Saya tak kisah kalau ada kontroversi disebabkan ini tapi saya harap ia akan tumbuh balik," katanya.

Berry membuat keputusan ini semata-mata kerana anaknya, Nahla, 11 bulan. Berry mahu Nahla rasa bangga dengannya.

"Saya mahu anak saya bangga dengan pencapaian saya. Biarlah dia kenang apa yang saya buat sebagai pelakon.

"Saya mahu tinggalkan satu legasi untuk Nahla dan biar dia benar-benar bangga dengan ibunya," kata Berry yang baru saja menyiapkan filem 'Frankie and Alice'.

Aktres berusia 42 tahun itu berkata, dia boleh terima apa saja kritikan dari media. Tapi dia akn pastikan apa saja yang dia buat mendapat persetujuan dari Nahla dulu.

"Nahla yang terpenting dalam hidup saya ketika ini. Semua yang saya lakukan untuknya," kata Berry yang lebih bahagia bersama ayah Nahla, Gabriel Aubry tanpa ikatan perkahwinan.

Malah keserasian antara mereka membuat Berry lebih yakin dengan penampilannya sekarang.

"Saya rasa lebih yakin dengan ikatan ini walaupun kami tidak berkahwin berbanding dengan dua perkahwinan terdahulu saya," katanya.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan