Bapa Siti Nurhaliza meninggal dunia

Diterbitkan: Ahad, 15 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

[SEMASA] PETALING JAYA: Ayah kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza, Allahyarham Tarudin Ismail, 67 meninggal dunia hari ini kira-kira pukul 11.50 pagi tadi.

Allahyarham Taruddin meninggal dunia akibat serangan jantung.

Beliau yang dimasukkan ke Hospital Ampang Puteri sejak tiga hari lalu turut menghidapi penyakit buah pinggang dan kencing manis.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Siti Salmah Bachik dan tujuh orang anak.

Menurut kakak ipar Siti, Rozi Abdul Razak, kematian Tarudin disebabkan oleh kompilasi jantung setelah menjalani pembedahan by-pass.

Tambah Rozi, sebelum memasuki bilik pembedahan, arwah sempat menitipkan kata-kata terakhir buat anak dan isterinya.

"Tiga hari lepas sebelum masuk bilik pembedahan Siti sudah menangis, namun arwah memujuk Siti supaya jangan menangis sebab katanya 'abah bukan nak mati lagi'.

"Selepas itu arwah pegang pula tangan isterinya dan kata 'lepas ini mak dah tak ada kawan'," kata Rozi.

Malah jelasnya arwah Tarudin sempat bergurau dengan suaminya, Saiful Bahari atau lebih dikenali sebagai Ayie.

"Arwah cakap pada suami saya, 'abang Ayie, nanti abang dah tak ada kawan untuk pergi memancing' sebab mereka selalu pergi memancing berdua," katanya.

Rozi berkata bagaimanapun semasa arwah dibawa masuk ke bilik pembedahan, semua ahli keluarga sudah redha dengan apa yang akan berlaku.

"Doktor juga dah minta kami supaya bersedia jika apa-apa berlaku.

"Jadi sewaktu arwah meninggal, isteri dan semua anak-anak ada bersama dengannya," kata Rozi lagi.

Ditanya tentang keadaan Siti ketika ini, Rozi berkata adik iparnya itu sememangnya cukup sedih dengan pemergian ayah tercinta.

"Dari pagi tadi dia memang gagal menahan emosi apatah lagi Siti memang rapat dengan arwah.

"Tapi ketika ini Siti tetap bersama-sama dengan ahli keluarga yang lain untuk bantu uruskan jenazah," kata Rozi.

Rozi berkata jenazah akan disembahyangkan di rumah suami Siti, Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa.

Jenazah akan dikebumikan di Kuala Lipis.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan