'My Dream Girl' tarikan Hari Valentine di 8TV

Diterbitkan: Sabtu, 14 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Densha Otoko atau Train Man merupakan sebuah filem komedi tentang seorang lelaki pendiam Takuyaki Yamada yang telah berjaya menyelamatkan seorang wanita cantik bernama Miki Nakatani dari seorang pencabul di dalam komuter.
Densha Otoko atau Train Man merupakan sebuah filem komedi tentang seorang lelaki pendiam Takuyaki Yamada yang telah berjaya menyelamatkan seorang wanita cantik bernama Miki Nakatani dari seorang pencabul di dalam komuter.

8TV membawakan anda barisan program-program hebat bagi memenuhi malam Sabtu anda. Bermula 7 Februari lalu, penonton semua bakal dihidangkan dengan filem-filem dan program-program yang cukup menarik dari Asia.

“Bagi mereka yang tidak gemar untuk keluar pada hujung minggu, 8TV telah menyediakan rancangan-rancangan yang cukup menarik bagi mengisi malam Sabtu anda. Anda pasti terhibur dengan barisan rancangan yang telah kami sediakan!” ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar Penjenamaan, Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi 8TV.

31st Top Ten Chinese Gold Songs Award Presentation Chap Goh Mei Special) TX Date: 7 February 2009 Time: 8.30pm – 10.30.pm

Bagi penggemar muzik, 8TV akan menyiarkan sebuah majlis anugerah yang cukup berprestij 31st Top Ten Chinese Gold Songs Award Presentation. Anda pasti terpukau dengan barisan-barisan artis kesayangan anda yang bakal membuat persembahan!

My Dream Girl TX Date: 14 February 2009 Time: 8.30pm – 10.30pm

Ning (Zhao Wei) seorang gadis dari kampung telah dipertemukan dengan bapanya – Mr Zhang yang telah hilang bertahun lamanya.

Mr Zhang yang merupakan seorang ahli perniagaan berjaya telah mengupah seorang perunding imej dari Hong Kong; Jo Lam (Ekin Cheng) untuk menukar imej Ning supaya tampil lebih elegan dan bersesuaian dengan statusnya.

Setelah beberapa lama bekerja, Jo akhirnya nekad untuk berhenti dan pulang ke Hong Kong.

Ning yang telah lama menyimpan perasaan terhadap Jo terbang ke Hong Kong untuk meluahkan perasaan cintanya namun ditolak oleh Jo. Apakah kesudahkan filem ini?

Jangan lupa untuk menonton filem komedi romantik yang pastinya cukup menghiburkan!

Train Man TX Date: 21 February 2009 Time: 8.30pm – 10.30pm

Densha Otoko atau Train Man merupakan sebuah filem komedi tentang seorang lelaki pendiam Takuyaki Yamada yang telah berjaya menyelamatkan seorang wanita cantik bernama Miki Nakatani dari seorang pencabul di dalam komuter.

Kisah bermula apabila Train Man menerima sebuah bungkusan dengan ucapan terima kasih sejurus selepas kejadian di komuter berlaku.

Keliru dan risau, Train Man mendapatkan pertolongan dari seorang teman dan temannya itu telah memberikan nasihat dan tips tentang apa yang perlu dilakukan beliau.

Train Man akhirnya mengajak wanita tadi keluar makan dan begitu terkejut apabila perlawaannya diterima. Banyak adegan lucu dapat anda lihat dalam filem ini.

One FM Concert TX Date: 28 February 2009 Time: 8.30pm – 10.30pm

Hari Valentine anda tahun ini pastinya berbeza dari tahun-tahun yang sebelumnya. One FM mengajak anda bersama-sama di dalam sebuah konsert yang cukup hebat dan bertenaga!

One FM Concert ini membariskan artis-artis yang cukup terkenal antaranya Gary Chao, Rynn Lin, Kelly Poon, Wu Zongming, Fang Jiong Bin, Manhand, Danell Lee, John Wee, Wu Jia Hui, Kay Kwok, Genie Zhuo dan Landy Wen.

Jangan lupa menandakan malam Sabtu anda sepanjang Februari 2009 untuk menyaksikan rancangan-rancangan menarik hanya di 8TV! Anda juga boleh menonton 8TV menerusi saluran Astro 708.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan