Hari kekasih satukan Linda-Que

Diterbitkan: Sabtu, 14 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

HARI BAHAGIA... Que memberikan kucupan kepada Linda selepas selamat dinikahkan.
HARI BAHAGIA... Que memberikan kucupan kepada Linda selepas selamat dinikahkan.

[SEMASA] AMPANG: Hari kekasih semestinya amat bermakna buat mana-mana pasangan bercinta terutamanya bagi pasangan pengantin baru Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar atau Que Haidar, 30 dan Linda Jasmine Hashim, 37 yang diijabkabulkan hari ini.

Dengan dua kali lafaz Que telah sah dinikahkan dengan linda oleh jurunikah Abu Sapian Jasin di Bora Ombak di sini kira-kira pukul 5.45 petang tadi.

Que memberikan hantaran berupa mas kahwin sebanyak RM1101, sebentuk cincin dan senaskah al-Quran kepada Linda.

Sementara linda cantik seperti 'ratu' dalam busana putih rekaan Datin Sharifah Kirana membalas dengan sebentuk cincin.

Que juga segak berbaju Melayu bewarna sedondon dengan pengantin perempuan yang direka oleh pereka yang sama.

Antara mereka yang hadir adalah ibu bapa Linda, Datuk Murad Hashim dan Datin Kay Hashim, ibu Que, Rahmah Hussein, Ketua Biro (Utara) Star Publications (M) Bhd yang juga bapa saudara Linda, Datuk Seri Kamal Hashim, sepupu Linda merangkap perunding perkahwinan, penyanyi Jeslina Hashim, rakan artis seperti pelakon Awal Ashaari dan Shasha Bashir.

Majlis resepsi bakal berlangsung pada pukul 8 lapan malam ini di tempat yang sama.

Manakala majlis resepsi pihak pengantin lelaki akan berlangsung pada 15 Mac depan di dewan orang ramai Felda Taib Andak, Kulai, Johor dengan tema diraja.

[LAGI BERITA PERSANDINGAN MENYUSUL MALAM INI]

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan