Foto erotik Madonna dan kekasih baru tersebar di internet

Diterbitkan: Sabtu, 14 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sebelum ini, Madonna di gosipkan mempunyai hubungan intim dengan pemain basketball Alex Rodriguez.
Sebelum ini, Madonna di gosipkan mempunyai hubungan intim dengan pemain basketball Alex Rodriguez.

CAKAPLAH apa pun tapi diva pop Madonna tetap membuktikan pada dunia, yang usia 50 tahun langsung tidak membantutkan seleranya pada lelaki muda.

'Mangsa' terbarunya setelah bercerai dengan Guy Ritchie ialah model 'toyboy' kelahiran Brazil bernama Jesus Luz yang berusia 22 tahun.

Terkini, foto-foto erotik Madonna-Jesus yang diambil oleh jurukamera Steven Klein tersebar secara meluas di dalam internet dan turut dimuatkan sebanyak 46 halaman dalam sebuah majalah US bertajuk 'W'.

Rakaman foto-foto '18SX' ini dirakamkan di Rio de Janeiro dan mempamerkan keghairahan pasangan ini berasmara.

Madonna dirakamkan memakai baju hitam dan bercermin mata sementara pasangannya Jesus pula berbogel dan kadangkala membiar sehelai tuala menutup tubuhnya.

Sebelum ini, Madonna di gosipkan mempunyai hubungan intim dengan pemain basketball Alex Rodriguez.

Madonna terus jatuh berahi dnegan Jesus setelah satu sesi foto pada bulan Disember, tahun lepas.

Selepas pertemuan 'hangat' itu, Madonna terus melamar Jesus untuk menemaninya untuk siri tour sedunia ‘Sticky and Sweet’ world tour.

Keintiman pasangan ini kini menjadi buah mulut masyarakat setempat.

"Hampir setiap waktu mereka berpegang tangan dan berkucupan," kata satu sumber.

"Yang penting, Madonna membuktikan usia tidak pernah menghalangnya mendapat lelaki muda," kata sumber itu.

Bagaimana pula reaksi Ritchie ketika mendapat tahu tentang kisah cinta bekas isterinya?

Ritchie lebih risau tentang anak-anaknya.

"Perbuatan Madonna boleh memalukan anak-anak kami. Sepatutnya, dia sudah lama melakukan semua itu," kata Ritchie yang juga seorang produser filem.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan