Cemburu punca Rihanna dibelasah teruk

Diterbitkan: Sabtu, 14 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Saat indah bersama antara Rihanna dan penyanyi R&B Chris Brown.
Saat indah bersama antara Rihanna dan penyanyi R&B Chris Brown.

CEMBURU merupakan elemen utama yang membuat Rihanna memprovokasi teman lelakinya, penyanyi Chris Brown sehingga beliau bertindak di luar kawalan dan membelasah Rihanna dengan teruk sekali.

Penyanyi 'Umbrella' yang berusia 21 tahun itu kononnya cemburu melihat Chris Brown bersenda dengan penyanyi British Leona Lewis ketika parti 'pre-Grammy' di Beverley Hills, Los Angeles.

Sumber memberitahu, penyanyi R&B itu kelihatan berbual mesra dengan Leona sambil ketawa.

"Rihanna nampak tangan Brown di belakang badan Leona dan ini membuat Rihanna cemburu," kata sumber itu.

Walaupun kemesraan Leona dan Brown nampak macam biasa saja, tambahan pula dia ditemani teman lelakinya Lou, tapi ianya tetap membuat Rihanna cemburu.

Website Amerika, TMZ.com pula melaporkan bahawa punca pertengkaran kedua mereka adalah kerana teks mesej yang diterima Brown oleh seorang perempuan misteri.

Setelah insiden dibelasah teruk oleh Brown, Rihanna telah memberi kenyataan kepada pihak polis, mendakwa Brown mencekik dan mengugut untuk membunuhnya semasa pertengkaran hebat berlaku di antara mereka.

Brown telah memukul Rihanna dengan teruk sehingga penyanyi itu pengsan dan Brown pula lari dari tempat kejadian.

Setelah insiden itu, polis telah menahan Brown dan beliau telah diikat jamin sebanyak $50 US dolar. Penyanyi 19 tahun itu akan didakwa atas tuduhan mengugut dan mengancam, dan kemungkinan besar tuduhan lain pula akan menyusul.

Menurut teman-teman rapat Brown, beliau bertindak agresif setelah gagal menemui kunci kereta sewa Lamborhininya yang dicampak keluar oleh Rihanna ketika pertengkaran itu berlaku.

"Brown adalah seorang budak yang baik. Dia rasa bersalah atas apa yang terjadi," kata teman Brown itu.

Brown pula bagaikan memberi alasan kenapa dia seorang yang agresif. Di satu temubual dalam 'Tyra Banks Show' dua tahun yang lepas, Brown menyalahkan bapa tirinya, Donnelle Hawkins, yang pernah mendera ibunya sewaktu dia muda.

Perlakuan Hawkins kononnya memberi kesan kepada pembesaran Brown sehingga dia pun bertindak agresif.

Namun Hawkins berkata, dia tidak pernah mengangkat tangan ke atas ibu Brown dan hanya sekali saja memukul Brown sewaktu dia kecil.

Hawkins juga mendakwa, Brown pernah mengugut untuk membunuhnya waktu usianya 11 tahun.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan