Bayangkan teman lelaki untuk adegan bercium

Diterbitkan: Sabtu, 14 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Salma mengambil inspirasi berkucup dengan teman lelakinya bagi adegan berciumd alam siri TV itu.
Salma mengambil inspirasi berkucup dengan teman lelakinya bagi adegan berciumd alam siri TV itu.

BILA tengah berhangat bercinta hanya bayangan si dia saja di depan mata. Ini yang berlaku dengan aktres kacukan Amerika/Mexico Salma Hayek yang hanya memikirkan kehangatan bibir kekasihnya untuk watak berkucupan dalam satu siri TV.

Salma Hayek berkata dia mengambil inspirasi berkucup dengan teman lelakinya Francois-Henri Pinault untuk watak bercium yang diberikan.

Aktres berusia 42 tahun yang membawa watak kameo sebagai teman wanita Alec Baldwin dalam 30 Rock itu berkata, dia cuma perlu mengingati teman jutawannya apabila dia bercium untuk siri NBC.

"Saya memberitahu Francois.... 'Saya cuma membayangkan awak ketika saya bercium untuk adegan itu," kata ibu kepada Valentina, 16 bulan.

Bintang 'Desperado' itu berkata dia betul-betul suka bekerja dengan Baldwin.

"Saya benar-benar seronok berlakon dengan Baldwin. Pengalaman itu begitu berharga sekali dan saya sayangkan dia," kata Hayek.

Yang terbaru, laporan tentang Hayek menyusu badan seorang bayi Afrika ketika membuat lawatan di Hospital Sierra Leone menjadi tajuk utama dalam akhbar. Berita dan foto ini mendapat liputan yang cukup meluas.

"Saya teringat anak saya ketika melihat bayi Afrika itu. saya kasihan kerana ibunya tidak dapat menyusukannya. Saya rasa bayi saya akan bangga dengan apa yang saya buat.

"Bila anak saya besar, saya akan pastikan dia menjadi seorang yang penyayang dan pemurah," kata Hayek.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan