Salman Rushdie jadi dambaan gadis muda

Diterbitkan: Jumaat, 13 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Terbaru, Salman sibuk dengan kisah cintanya dengan wanita muda, si jelitawan Pia Glenn.
Terbaru, Salman sibuk dengan kisah cintanya dengan wanita muda, si jelitawan Pia Glenn.

SEMAKIN tua, semakin menjadi. Mungkin penulis anti-Islam yang paling kontroversi di dunia, Salman Rushdie berada di dalam kelompok ini.

Semakin dia berusia, Salman yang pernah mengegarkan dunia Islam dengan tulisannya menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW, semakin digilai oleh kaum wanita.

Penceraiannya dengan isteri keempat, Padma Laksmi, mendapat liputan meluas dari akhbar. Selepas itu Salman, 61, kelihatan intim pula dengan Scarlet Johansson dan tidak lama selepas itu, menjalin hubungan dengan aktres seksi Bollywood Riya Sen.

Terbaru, Salman sibuk dengan kisah cintanya dengan wanita muda, si jelitawan Pia Glenn.

Pia, 32 tahun dan 29 tahun lebih muda daripadanya mempunyai ketinggian 6 kaki dan berasal dari Harlem, adalah seorang pelakon teater.

Pia melakonkan watak Condoleezza Rice dalam pentas broadway Will Ferrell - 'You're Welcome, America: A Final Night With George W. Bush.'

Kedua pasangan ini kelihatan bersama ketika malam pertama pementasan 'You're Welcome, America'.

Pada 14 Februari, 1989, pemimpin Iran Ayatollah Khomeini telah mengarahkan Salman dibunuh kerana bukunya Satanic Verses menghina agama dan menerima bantahan umat Islam di seluruh dunia sehingga ada yang bertindak membakar buku berkenaan.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan