Riya Sen dan Rima Sen dapat tawaran kerana seksi

Diterbitkan: Khamis, 12 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Filem terbaru Riya Sen, 'Shaadi of the Dead' akan menyaksikan bintang glamor ini membawa watak penggoda.
Filem terbaru Riya Sen, 'Shaadi of the Dead' akan menyaksikan bintang glamor ini membawa watak penggoda.

NASIB pelakon kedua-dua beradik, Rima Sen dan Riya Sen hampir sama. Peluang yang didapati untuk mengasah bakat lakonan tidak sampai kemana pun.

Kedua mereka masih mengharapkan tubuh seksi mereka untuk melariskan bakat lakonan.

Filem terbaru Riya Sen, 'Shaadi of the Dead' akan menyaksikan bintang glamor ini membawa watak penggoda.

Dalam filem terbitan Manmohan Shetty dan Siddharth Jain ini, Riya akan memainkan watak penggoda di samping aktor Purab Kohli.

Baik Riya mahupun Rimi, ramai yang tidak percaya kedua mereka masih solo.

Malah, Rima secara terbuka mengaku yang dia masih dalam pencarian untuk lelaki idamannya.

Sama nasibnya dengan watak Maya, surirumah yang dibawa dalam filem terbarunya, 'Mere Khwabon Mein Jo Aaye' di mana Maya mengimpikan lelaki idamannya (lakonan Randeep Hooda).

Rima membawa watak surirumah bernama Maya yang mengorbankan impiannya menjadi penyanyi untuk memenuhi tuntutan suaminya yang curang.

Dalam kehidupan sebenarnya, Rima juga masih menanti.

"Saya masih menunggu lelaki idaman saya," jelas Raima yang akan berlakon dengan Riya dalam filem terbitan Rituparno Ghosh.

Rima juga telah disebut-sebut untuk berlakon dalam projek filem bertajuk 'Teen Patti' dengan Amitabh Bachchan dan bekerja dengan pengarah Bengali Aparna Sen dalam filem 'Japanese Wife' .

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan