Nyaris kehilangan subang berlian bernilai 1.1 juta paun

Diterbitkan: Khamis, 12 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Angelina mendesak pekerja hotel itu menyelongkar suite penginapannya bagi mencari subangnya itu.
Angelina mendesak pekerja hotel itu menyelongkar suite penginapannya bagi mencari subangnya itu.

KEKASIH dan buah hati pengarang jantung Brad Pitt, Angelina Jolie nyaris-nyaris kehilangan sepasang anting di sebuah hotel di London akibat terlalu leka melayan kerenah anak-anaknya.

Aktres berbibir tebal dan seksi itu hampir tertinggal anting-anting Asprey bertatah berlian yang bernilai 1.1 juta paund di suite mewah Hotel Dorchester tersebut kerana sikap anak-anaknya yang sukar dikawal.

"Staff di hotel itu mendapat panggilan kecemasan dari Jolie apabila aktres itu menyedari yang anting-antingnya tertinggal. Beliau sedang menunggu pesawat untuk ke Amerika sewaktu menyedari episod kehilangan subangnya.

"Angelina mendesak pekerja hotel itu menyelongkar suite penginapannya bagi mencari subangnya itu.

"Mujurlah selepas membongkar dan menyelongkar suite itu selama 90 minit, subang itu dijumpai dan terus dihantar ke Los Angeles," jelas pekerja hotel itu pada pemberita.

Jolie menginap di suite itu bersama Brad Pitt dan enam orang anak mereka untuk menghadiri anugerah BAFTA yang diadakan pada hujung minggu lepas.

Dalam perkembangan yang lain pula, pasangan yang masih tidak mahu terikat dengan tali perkahwinan ini dan terkenal dengan kehidupan nomad mereka sudah membuat perancangan untuk berpindah ke Brazil.

Dengan rumah yang ada di merata dunia dan kerana kembar mereka, Knox dan Micheline dilahirkan di Perancis, keluarga berbilang kaum Brangelina ini lebih seronok kalau dapat membina kehidupan do Selatan Amerika.

Ibu kepada enam orang anak ini, telah lama mendesak Brad untuk membuat sebuah filem berlatar belakangkan tempat di Brazil setelah dia membuat kunjungan melawat kem pelarian di Costa Rica semasa musim Krismas baru ini.

Aktres, berusia 33 tahun, yang membawa watak utama dalam filem 'Changeling' mahu mengabdikan diri membuat kerja-kerja amal di kawasan itu.

Satu sumber mengatakan Brad amat suka idea Jolie itu kerana sudah lama mengimpikan peluang untuk menjadi pengembara filem seperti Harrison Ford.

Jadi, kesimpulannya keluarga bahagia ini akan ke Brazil pada musim bunga dan Brad tidak sabar untuk ke lokasi bagi pengambaran filem 'The Lost City of Z' di mana beliau akan berlakon menjadi Kolonel British Percy Harrison Fawcett, yang hilang pada tahun 1925.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan