Lentera Timur terjual 15,000 unit dalam masa sebulan

Diterbitkan: Khamis, 12 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Siti bersyukur kerana Lentera Timur sudah laku hampir 15,000 unit. -foto The Star oleh RAJA FAISAL
Siti bersyukur kerana Lentera Timur sudah laku hampir 15,000 unit. -foto The Star oleh RAJA FAISAL

SELEPAS lebih sebulan berada di pasaran, kini album terbaru penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 'Lentera Timur' telah terjual mencecah hampir 15,000 unit.

Walaupun belum sempat melakukan promosi di seluruh negara, isteri kepada ahli perniagaan terkenal Datuk Seri Khalid Muhd. Jiwa ini sudah berkira-kira untuk memasarkannya ke Indonesia.

“Syukur, Alhamdulillah kerana album Lentera Timur yang sudah berada di pasaran pada hujung tahun lalu kini telah dijual hampir 15,000 unit.

“Saya mendapat tahu, ramai dikalangan pendengar muzik sekarang gemarkan lagu yang ‘catchy’ seperti lagu joget.

“Jadi, saya kekalkan irama-irama seperti itu dalam album kontemporari ini dan diperbaharui juga dengan rentak inang dan rambung.

“Oleh itu, mereka boleh mendapat pilihan lagu yang berbeza.

“Insya-Allah, selepas ini kami merancang untuk memasarkan album tersebut ke Indonesia pula kerana terdapat permintaan daripada peminat di sana,” beritahu penyanyi yang mesra dengan panggilan Siti ini ketika diundang dalam program Sehati Sejiwa di Pusat Penyiaran Antarabangsa (IBC), Angkasapuri, Kuala Lumpur semalam.

Jelas Siti, walaupun gosip yang melanda rumahtangganya baru-baru ini memberikan sedikit kesan kepada dirinya, bagaimanapun tidak bermakna dia akan cepat berputus asa dalam mempromosikan album tersebut.

“Saya dah bekerja keras siang dan malam dan mengeluarkan duit yang banyak untuk menghasilkan album ini.

“Namun, saya harap cerita peribadi tidak akan mengaburi pemikiran pendengar dan peminat saya untuk membeli album ini,” luah Siti.

Di dalam perkembangan yang lain, Siti juga merancang untuk membuat persembahan amal di Istana Budaya pada pertengahan bulan April depan yang dianjurkan oleh Yayasan Nur Jiwa dan badan-badan lain.

Yayasan Nur Jiwa merupakan badan kebajikan yang ditubuhkan oleh Siti dan suaminya.

“Insya-Allah, saya akan menjayakan persembahan selama tiga hingga empat hari di sana,” ujar penyanyi Ada Masa Mata ini yang turut akan berduet dengan kumpulan nasyid Rabbani di dalam sebuah Konsert Malam Sinar Maulidurrasul 1430H (MSM1430H).

Konsert tersebut bakal diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam pada 28 Februari ini.

Bagi peminat yang ingin menyaksikannya, bolehlah membeli kad i-talk edisi khas Konsert MSM1430H pada harga RM10, RM30 dan RM50 di mana kad tersebut berperanan sebagai tiket masuk ke konsert ini.

Sehati Sejiwa rungkai gosip Datuk K dan Rozita Che Wan

Semalam, program Sehati Sejiwa terbitan Haliza Mat Kharsa kembali merungkai gosip mengenai suami Siti yang dikenali sebagai Datuk K memberikan kereta mewah kepada pelakon jelita Rozita Che Wan.

Dalam bertanyakan soalan rumahtangga, Scha turut menyelitkan soalan gosip itu yang melanda hubungan pasangan itu termasuk membuat panggilan telefon secara menerus kepada Rozita untuk menjawab soalan cepu emas itu.

Sama seperti yang dijawab sebelum ini, Datuk K mahupun Rozita menidakkan telahan tersebut.

“Cerita itu tidak benar kerana sumbernya berpunca daripada internet.

“Saya pun tidak tahu bagaimana gosip ini boleh timbul kerana saya sendiri tidak tahu bagaimana saya menghadiahkan kereta kepadanya,” komen Datuk K dalam nada yang tenang.

Selepas itu, Rozita dihubungi bagi menguatkan jawapan Datuk K yang gosip itu tidak benar.

Lantas, dalam masa beberapa saat, Rozita membalas panggilan lalu menyapa Siti dengan mesra sebelum menjawab gosip tersebut.

“Terima kasih kepada Sehati Sejiwa kerana memberikan peluang kepada saya untuk menjawab gosip ini.

“Kereta yang saya belikan itu merupakan hasil titik peluh saya yang telah dibeli sejak Mac 2007 dengan menggunakan wang sendiri dan bukan ditaja seperti yang dihebohkan.

“Saya tak pernah berjumpa dan mengenali Datuk K secara peribadi,” jelas Rozita.

Sesudah penjelasan tentang Datuk K membeli kereta untuk Rozita diberikan, soalan berbaur gosip yang mengatakan Datuk K pernah mengasari Siti turut dituju kepada pasangan ini.

Siti yang diminta menjawab soalan itu berkata dia menganggap gosip yang tersebar itu bagaikan melengkapkan satu demi satu siri drama.

Selain itu, Scha turut menyentuh tentang gosip Datuk K telah berkahwin secara senyap-senyap dengan seorang pramugari.

Sama seperti jawapannya sebelum ini, Datuk K menganggap isu kahwin pramugari itu adalah tidak berasas dan merupakan suatu pembohongan yang dicetuskan oleh rakan-rakannya dan kenalan VIP.

Antara persoalan lain yang dibualkan adalah berkaitan kehidupan berumahtangga, keistimewaan pasangan masing-masing, dan aktiviti masa lapang termasuk pengisian klip video Siti dan Datuk K.

Begitu juga sesekali diselitkan dengan foto-foto zaman bujang dan perkahwinan pasangan yang sudah mendirikan rumahtangga selama dua tahun ini.

Menariknya, sesi temubual yang berlangsung selama satu jam ini turut diselang-selikan dengan panggilan daripada penonton yang bertanyakan pelbagai soalan dan tidak kurang juga seorang pemanggil yang mendoakan kebahagiaan pasangan ini.

Pada minggu hadapan, Sehati Sejiwa akan mengundang penyanyi Deja Moss dan suaminya, Azfendy Azzuddin.

Saksikan Sehati Sejiwa pada setiap Rabu, pukul 3 petang di RTM1.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan