Keliwon himpun 40 pelakon kesukaan Rashid Sibir

Diterbitkan: Khamis, 12 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Antara barisan pelakon siri Keliwon yang sedang disiarkan di TV3, setiap Khamis, pukul 9.30 malam. -foto The Star oleh MOHD. SAHAR MISNI
Antara barisan pelakon siri Keliwon yang sedang disiarkan di TV3, setiap Khamis, pukul 9.30 malam. -foto The Star oleh MOHD. SAHAR MISNI

MEMANDANGKAN drama Keliwon di TV3 disiarkan secara bersiri di mana setiap episod mempertontonkan cerita yang berlainan, maka tidak hairanlah ia membabitkan 40 orang pelakon kesukaan sutradara Rashid Sibir.

Antara pelakon yang tidak kurang hebat itu adalah Fasha Sandha, Emelda Rosmila, Zed Zaidi, Zulhuzaimy Marzuki, Elly Mazlein, Fezrul Khan, Mariani, Adet, Keifli, Maria Farida, Hamidah Wahab, Khatijah Tan, Norlia Ghani, Wan Maimunah, Rosnah Mat Aris, Norkhiriah, Safura, Nur Fazura, Azizan Nin, dan Datuk Tarmimi Siregar.

Menurut Rashid, dia selesa mengikut rentak seniman Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang mengambil ‘muka’ yang sama di dalam setiap filem yang dihasilkan.

“Saya memilih pelakon yang sama kerana mereka adalah antara pelakon yang terbaik.

“Jadi, apabila mengambil mereka ini, saya tidak perlu memikirkan banyak masalah.

“Untuk mengelakkan masalah, saya kena ambil pelakon yang sama.

“Bagaimanapun, semua keputusan terletak di tangan TV3 juga sama ada mereka hendak ambil pelakon yang saya inginkan.

“Jadi, hendak atau tidak, saya kena ‘goreng’ juga di mana saya kena ulang ambil pelakon yang sama untuk dua episod berturut-turut,” terang Rashid ketika majlis ramah mesra siri Keliwon di Restoran Rebung, Bangsar.

Jelas Rashid, dengan mengambil pelakon yang sama dan kesukaan ramai itu, ia sekaligus menunjukkan mereka ini merupakan produk yang menarik dan diminati.

Selain berlakon yang menghiasi siri Keliwon, Rashid juga pernah menyenaraikan pelakon Rosyam Nor dan Nasha Aziz sebagai antara pelakon kegemarannya.

Tambah Rashid, dia memilih pelakon berdasarkan cerita dan watak yang dilakonkan.

“Di dalam satu siri, saya anggarkan dalam empat pelakon. Misalnya, kalau watak pontianak, pelakon itu perlu cantik. Tetapi, saya lihat juga masa ‘free’ mereka,” kata bapa kepada Ainul Mardhiah, 8 bulan ini.

Kata Rashid, ini merupakan kali pertama dia mencuba sesuatu yang baru apabila berubah arah kepada menghasilkan drama bergenre seram pula.

“Saya memilih genre seram kerana saya membuat cerita hantu yang berlandaskan cerita sebenar dan pernah dialami oleh saya semasa kecil.

“Selain itu, saya ingin mengembalikan nostalgia mengenai cerita hantu.

“Saya cuba membuat kelainan berbanding cerita seram yang pernah disiarkan sebelum ini.

“Saya memilih tajuk Keliwon kerana ia merupakan cerita hantu yang banyak berlaku kepada masyarakat Jawa.

“Semasa saya kecil, bapa saya pernah bercerita tentang kain kapan berpuaka, saka pulut kuning dan banyak lagi. Jadi, apabila penonton menontonnya, mereka boleh kaitkan dengan apa yang pernah berlaku di luar sana.

“Waktu kecil juga saya selalu dinasihatkan untuk tidak keluar pada waktu malam kerana terdapat banyak keliwon. Oleh itu, disebabkan itu saya meminta TV3 menjadikan satu tajuk.

“Dalam Keliwon, saya banyak memberikan tumpuan kepada syot dan penceritaan dengan menggunakan kren,” cerita Rashid yang terpaksa pulang ke rumah pada pukul 6 pagi untuk menyiapkan pengambaran di mana dia jarang lakukan sebelum ini kerana mempunyai bayi di rumah.

Kata Rashid, siri ini turut menerapkan penggunaan kesan khas atas permintaan TV3.

Berdasarkan cerita-cerita seram rakyat, 13 episod siri Keliwon ini akan membawa penonton mengenali entiti-entiti seram dengan tajuk-tajuk menarik seperti Sungai Puaka, Darah Lantera, Saka Harimau, Saka Pulut Kuning, Santau, Pontianak, Hantu Kopek, Tiang Seri, Anak Belaan, Rasuk, Puaka Kain Kapan, Mak Andam Cantik dan Puja.

Selain itu, penonton akan dihiburkan dengan lagu tema Jangan Kau Pergi ciptaan Julfekar nyanyian Farawahida.

Jangan ketinggalan menonton pelbagai variasi cerita seram dalam Keliwon yang telah ditayangkan di TV3 mulai 5 Februari lalu. Setiap Khamis, pukul 9.30 malam.

Telefilem ‘Diari Mak Ayam

Di dalam perkembangan lain, Rashid turut akan menjalani proses pengambaran telefilem Diari Mak Ayam yang mengangkat pelakon Mariani sebagai ‘mak ayam’ setelah suaminya meninggal dunia.

Tutur Rashid, selain Mariani, Norlia Ghani, dan Norkhiriah turut diajak untuk sama-sama berlakon di dalam drama yang bakal disiarkan di saluran Astro ini.

Kisah patung kertas difilemkan

Selain itu, Rashid juga bakal mengarah sebuah filem iaitu Bidadari yang mengisahkan cerita patung kertas.

“Saiful Apek akan meneraju filem ini dengan memakai pakaian perempuan. Selain Apek, pelakon lain seperti Datuk Tarmimi Siregar, Zaibo, Fouziah Gous dan Nasha Aziz juga bakal berlakon di dalam filem ini.

“Kali ini, saya akan membuatkan penonton ketawa terbahak-bahak dan menangis teresak-esak.

“Saya memilih genre komedi yang diselitkan dengan unsur sosial. Filem ini juga merupakan garapan daripada telefilem Wali.

“Bagi saya tak salah untuk saya mengangkat cerita seperti ini kerana ia merupakan sebahagian daripada kehidupan kita di mana saya bukan membuat cerita berunsur kontroversi tetapi apa yang orang nak tengok,” cerita Rashid mengenai filem yang bakal dilancarkan pada Jun depan.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan