Persembahan 'encore' PGLM pada 22 Feb

Diterbitkan: Rabu, 11 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Disebabkan sambutan yang amat menggalakkan, Enfiniti Productions bercadang membuat satu lagi persembahan khas atau 'encore' pada 22 Februari pukul 8.30 malam untuk musim ini.
Disebabkan sambutan yang amat menggalakkan, Enfiniti Productions bercadang membuat satu lagi persembahan khas atau 'encore' pada 22 Februari pukul 8.30 malam untuk musim ini.

RATA-RATA ramai yang teruja dengan pementasan Puteri Gunung Ledang (PGLM) musim ketiga yang bermula 6 Februari lalu. Pementasan yang mengekalkan intipati sama tapi dimasukkan unsur magis mendapat sambutan di luar dugaan.

Datin Seri Tiara Jacquelina yang memegang watak Gusti Putri sendiri bagaikan tidak menjangka sambutan untuk musim ini begitu memberangsangkan sehinggakan habis terjual kesemua tiket.

Begitu juga sambutan yang diberikan untuk dua preview persembahan PGLM yang dibuat khas untuk golongan media dan jemputan khas bagaikan tidak cukup tempat.

Setakat hari Ahad lalu, PGLM musim ini telah disaksikan oleh 10 ribu orang dalam tujuh pementasan berasingan.

Disebabkan sambutan yang amat menggalakkan, Enfiniti Productions bercadang membuat satu lagi persembahan khas atau 'encore' pada 22 Februari pukul 8.30 malam.

"Kasih sayang dan sokongan yang ditunjukkan oleh penonton benar-benar menyentuh perasaan dan mengharukan. Saya tidak pernah rasa emosi yang begitu sekali dari penonton di Malaysia."

"Ianya satu penghormatan untuk melakukan pementasan 'encore' yang mana merupakan tunggak kejayaan PGLM selama ini.

"Malah persembahan 'encore' pada 22 Februari merupakan kali terakhir saya akan memegang watak sebagai Gusti Putri. Ianya akan menjadi persembahan yang akan saya kenang utnuk selama-lamanya," ujar Tiara.

Tiket-tiket boleh didapati secara online mellaui Ticket Axcess dan di Istana Budaya. Ianya boleh didapati mulai hari ini, 11 Februari (Rabu) dan atas dasar siapa dulu dia dapat.

Tiekt berharga dari RM30.00 / RM80.00 / RM120.00 / RM150.00 / RM180.00 / RM200.00 / RM230.00 /RM 250.00 / RM 350.00 dengan menghubungi – Ticket Hotline : 03 77115000http://www.axcess.com.my atau pembelian online di 10 outlet Axcess.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Eja Ibrahim (pegawai media PGLM) di talian 0196192668 atau Nora Lim (produser bersekutu PGLM) di 0193281505

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan