Lakar nama 'buah hati' di kedua-dua lengannya

Diterbitkan: Selasa, 10 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Arjun agak sentimental jika diajak berbicara tentang pembabitan awalnya seperti 'Moksha' dan 'Pyaar Ishq Aur Mohabbat' juga 'Deewanapan' yang pernah mendapat pulangan box office.
Arjun agak sentimental jika diajak berbicara tentang pembabitan awalnya seperti 'Moksha' dan 'Pyaar Ishq Aur Mohabbat' juga 'Deewanapan' yang pernah mendapat pulangan box office.

Di layar perak mungkin dia seorang lelaki yang romantik dan seksi tapi realiti kehidupan aktor kacak Arjun Rampal ialah dia terlalu menyayangi dua orang buah hatinya Marya and Mahikaa.

Arjun juga mahu satu dunia tahu akan kehadiran dua puteri kesayangannya itu.

Kasihnya pada mereka cukup mendalam sehinggakan sebelah kanan tangannya ada tertulis nama Mahikaa dan sebelah kiri pula adalah nama Marya.

"Saya adalah sahabat kepada anak perempuan saya," kata Arjun.

"Dan saya tidak mahu anak saya sembunyikan apa-apa daripada saya. Saya mahu perhubungan ini berterusan sampai bila-bila. Tapi kita hanya boleh merancang. Tiada siapa yang boleh tahu apa akan terjadi di kemudian hari," katanya lagi.

Sungguhpun Arjun tampak kacak dan bergaya namun perjalanan seninya tidak kemana pada awal pembabitannya. Hanya setelah filem 'Om Shanti Om' dan 'Rock On' baru lah bakat Arjun diberi perhatian.

Begitu juga dengan filem 'The Last Lear' berjaya jua mencuri perhatian pengkritik terhadap Arjun. Filem seterusnya seperti 'EMI' dan yang terbaru, 'Fox' (lakonan Sunny Deol dan arahan Deepak Tijori) juga akan membawa kesan yang serupa untuk karier Arjun.

Arjun agak sentimental jika diajak berbicara tentang pembabitan awalnya seperti 'Moksha' dan 'Pyaar Ishq Aur Mohabbat' juga 'Deewanapan' yang pernah mendapat pulangan box office.

Tapi pulangan 'box office' bukan disebabkan jualan tiket laku tapi kerana lanun cetak rompak DVD yang berleluasa di setiap ceruk di India. Malah tiga hari sebelum filem itu diedarkan, DVD cetak rompak 'Rock On' sudah pun berada di pasaran.

Bagi Arjun, inilah masa yang paling 'frust' kerana telah memberikan lakonan sehabis baik untuk filem 'Rock On', sebuah filem yang paling dibanggakannya.

Dari segi penampilan pula, Arjun tetap selesa dengan perwatakan berambut panjang walaupun aktor lain seangkatannya sudah mula berambut pendek.

Arjun tetap tidak mahu menukar imej ini walaupun digelar 'Tarzan' disebabkan rambutnya yang panjang itu.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan