Hamil 5 bulan tidak halang Jeslina urus perkahwinan Linda Jasmine

Diterbitkan: Selasa, 10 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jeslina dan putera sulungnya, Micah.
Jeslina dan putera sulungnya, Micah.

DI SEBALIK keseronokan membantu sepupunya menyediakan persiapan perkahwinan seperti kad jemputan, bunga telur dan beberapa dekorasi lain, penyanyi lagu Ku Intai Cinta Dalam Rahsia, Jeslina Hashim, 31, tidak mampu menyembunyikan perutnya yang semakin memboyot setelah hamil lima bulan.

Ketika menghadiri sesi Linda mencuba gaun pengantin rekaan Syaiful Bahrim untuk upacara persandingannya, Jeslina yang mesra dengan panggilan Jes ini sebolehnya ingin mengelak untuk jurufoto mengambil gambar terbarunya.

Bagaimanapun, Jes tidak lokek untuk bercerita tentang sedikit-sebanyak yang dilakukannya untuk perkahwinan sepupunya, koreografer Linda Jasmine Hashim, 37, dengan pelakon Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar atau Que Haidar, 30, termasuk kandungannya itu.

Sabtu ini, 14 Februari, Linda dan Que akan bernikah dan mengadakan majlis resepsi di Restoran Bora Ombak, Ampang.

Walaupun sedang hamil lima bulan, Jes masih meluangkan masa membuat hiasan untuk persiapan perkahwinan tersebut.

Kata Jes, jika difikirkan tentang penat, memanglah penat hendak melakukan kerja yang berat-berat namun dengan sedikit bantuan yang diberikan sekurang-kurangnya mampu meringankan beban sepupunya itu.

Lagipun, ini bukan kali pertama Jes membantu membuat kerja ‘orang kahwin’ kerana sebelum ini dia pernah melibatkan diri dalam perkahwinan penyanyi dan pelakon Maya Karin.

Jes bukanlah calang-calang orang dalam membuat dekorasi kerana dia mempunyai sebuah syarikat iaitu Polkadotted Creative Solutions, jadi tidak hairanlah jika Linda melantiknya sebagai perunding perkahwinannya.

“Sebelum ini, saya pernah membantu Maya membuat hiasan untuk majlis perkahwinannya.

“Kali ini, saya hanya membuat dekorasi serta menolong sikit-sikit dan mana-mana yang patut.

“Linda ni jenis semuanya dia nak buat sendiri dari yang perkara yang besar hinggalah perkara yang kecil-kecil.

“Jadi, saya menolong Linda menghias bunga telur. Tetapi, saya tidak membuat semua dekorasi sebab meja dan pelamin akan disediakan oleh pihak Bora Ombak,” kata ibu kepada putera sulungnya, Micah Lee Hashim-Vercoe yang berusia setahun empat bulan ini.

Jelas Jes, niatnya hanya sekadar hendak menolong untuk membuat dekorasi sahaja namun tidak menyangka pula terus dilantik sebagai perunding perkahwinan oleh Linda.

“Sepatutnya saya nak tolong-tolong hias sahaja sebab kalau nak berunding tentang majlis perkahwinan ni agak rumit sedikit dan saya boleh jadi sakit jiwa.

“Apabila ada ‘baby’ ni, saya pun asyik nak selalu bersama dengannya sahaja.

“Kalau boleh saya tak nak buat banyak untuk majlis ini dan selepas ini saya akan berhenti sekejap daripada melakukan kerja ini,” kata Jes yang turut memberitahu tidak menghadapi alahan yang teruk ketika mengandungkan bayi kedua ini.

Terpamer sikap keibuan Jes ketika dia tiba-tiba teringatkan Micah dan terus menghubungi anak kecilnya itu.

Seronok pula mendengar celoteh anak Jes yang petah berkata-kata serta pandai menghiburkan hati ibunya itu.

Walaupun baru ‘setahun jagung’, Micah pandai menyebut sepatah-sepatah perkataan tanpa menggunakan bahasa pelat.

Bercerita mengenai kandungan keduanya itu, Jes berkata, kalau boleh dia inginkan anak perempuan pula.

“Cukuplah sepasang anak sahaja. Kalau boleh kali ini biarlah saya mengandungkan bayi perempuan.

“Setakat ini, doktor belum sahkan jantina anak saya. Tetapi, walaupun belum tahu jantinanya, saya sudah membeli pakaian untuk bayi perempuan,” tuturnya.

Tambah Jes, mungkin disebabkan pembawakan ibu mengandung, sama seperti ketika hamil dulu, kali ini dia mempunyai tabiat untuk menukar susun atur kabinet dan perabot di rumahnya.

“Tabiat saya ketika hamil sekarang ini adalah saya suka mengemas dan mengangkat sendiri perabot-perabot yang terdapat di rumah.

“Semuanya saya nak tukar cara susunannya,” ujar Jes yang dijangka akan melahirkan bayi keduanya ini pada pertengahan Julai depan.

Selepas lama meninggalkan karier seninya, Jes kini meluangkan masa untuk membantu karier suaminya, Dion Riaz Vercoe yang bekerja sebagai pereka dalaman.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 21 April 2005.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan