Rock: Saya tidak gila publisiti, hanya tolong Mas

Diterbitkan: Isnin, 9 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rock kecewa apabila dituduh punca Mas mengalami tekanan jiwa.
Rock kecewa apabila dituduh punca Mas mengalami tekanan jiwa.

KISAH mengenai Mas terus hangat diperkatakan. Tidak cukup dengan kisah dia ditempatkan di wad Neurologi di Hospital Kuala Lumpur sejak Selasa lalu, kini keluarganya seakan-akan menyalahkan pula teman lelaki Mas, Shahrul Azman Mohd. Shahril atau Rock.

Semuanya dikatakan bermula daripada pertengkaran yang berlaku antara bintang realiti terbabit dengan Rock.

Namun Rock ketika dihubungi menafikan perkara tersebut. Biarpun pada mulanya dia enggan bercerita lanjut, namun setelah dipujuk akhirnya dia akur.

"Saya kalau boleh dah malas nak cerita mengenai hal ini. Saya dah penat dan letih. Saya dah jalankan tanggungjawab saya dan terserah kepada semua untuk menilainya,"ujar Rock dalam nada kecewa.

Menurut jejaka yang mula berjinak-jinak dengan dunia lakonan pada ketika ini, dia tidak menyangka ayah Mas, Ghani@Ghani Jivie,67 akan menuduh dia sebagai punca Mas mengalami tekanan hingga ditahan di HKL.

"Setelah saya bersusah-payah saya pula dituduh buat Mas tertekan, adil ke? Saya dapat tahu dari surat khabar hari ini (semalam) ayah dia tak nak jumpa saya.

"Saya pun tak tahu ayah dia dah jumpa dengan Mas. Saya kecewa sangat, kenapa saya pula yang disalahkan, sebenarnya saya dah selamatkan dia (Mas) dari cederakan orang.

"Kalau saya tak tolong leraikan, keadaan akan jadi lebih teruk," kata Rock mengimbas semula kejadian yang berlaku hingga menyebabkan Mas ditahan di wad tersebut.

Jelas Rock lagi, pada ketika ini dia sangat tertekan bila ayah Mas menunding jari menyalahkan dia atas apa yang berlaku kepada penyanyi itu.

"Saya hanya jalankan tanggungjawab saya sebagai orang yang rapat dengan dia (Mas) di KL ini. Tak apa lah, saya terima sahaja, mungkin ayah Mas tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku masa itu," ujarnya.

Namun cerita mengenai Mas terbongkar apabila krew rancangan Melodi berjaya menemui seorang mangsa yang dikatakan telah dipukul oleh bintang realiti itu gara-gara wanita tersebut mengambil tempat parkirnya.

Berang dengan tindakan tersebut Mas dikatakan mengambil helmet dan menghentak cermin kereta wanita terbabit.

Keadaan tidak henti setakat itu sahaja apabila Mas terus meluru ke arah wanita terbabit apabila perasan gambarnya dirakamkan.

Pada ketika inilah dikatakan berlakunya pertengkaran yang serius hingga wanita terbabit cedera dipukul Mas namun semuanya kembali terkawal apabila Rock berjaya menenangkan kekasihnya itu.

Rentetan daripada peristiwa tersebut wanita yang dikatakan dipukul oleh Mas itu telah membuat laporan polis sehingga Mas ditahan gara-gara mengamuk di balai polis Pandan Indah minggu lalu.

Jelas jejaka yang berasal dari Petaling Jaya ini, dia tidak berminat untuk mencari publisiti murahan dengan menjaja keburukan kekasihnya dan kerana sayanglah dia tidak menghebahkan kepada media apa sebenarnya yang terjadi.

"Saya cuba tak nak burukkan dia (Mas), saya tak mahu orang terus buruk-burukkan dia. Tapi bila Melodi dah keluarkan apa yang sebenarnya berlaku, saya tak boleh halang lagi.

"Saya bukan nak salahkan Melodi lagipun mereka (krew Melodi) hanya jalankan tanggungjawab mereka sebagai media,” katanya.

Tambah duda yang mempunyai dua orang ini lagi, apa yang lebih mengecewakannya adalah apabila Mas telah menelefonnya semalam dan marah-marah kepadanya.

"Mas ada telefon malam tadi (Sabtu) dan marah-marah kata saya tipu dia. Dia kata saya tak bawa Freddie datang jumpa dia pun. Dia (Mas) tak percaya bila saya cakap, saya ada bawa Freddie hari Khamis lepas tapi pihak hospital tak benarkan, dia tetap tak percaya apa yang saya cakap.

"Mas ada cakap dia nak balik Tawau dan tak nak jumpa saya lagi. Biarpun saya cuba pujuk dia (Mas), tetap tak hiraukan saya. Saya kecewa juga dan malas nak fikir pasal hubungan kami lagi. Lepas ini apa nak jadi pun jadilah. Saya dah malas nak ambil tahu pasal dia lagi," ujar Rock dalam nada kecewa.

Tambah Rock lagi, dia bernasib baik kerana, rakan-rakan seperjuangan dan keluarganya tetap berdiri teguh dan memberi sokongan kepadanya.

"Saya bukan jutawan atau hartawan dan bukan juga 'miskin' tapi saya tolong dia (Mas) sebagai tanggungjawab sesama insan. Bila jadi perkara macam ini saya betul-betul kecewa," katanya mengakhiri perbualan.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan